Isu ekonomi negara lebih penting! PM Anwar enggan layan Rafizi cabar dipecat PKR

Isu ekonomi negara lebih penting! PM Anwar enggan layan Rafizi cabar dipecat PKR

Isu ekonomi negara lebih penting! PM Anwar enggan layan Rafizi cabar dipecat PKR


Presiden Anwar Ibrahim memilih untuk tidak melayan gesaan bekas timbalannya, Rafizi Ramli supaya dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat sekiranya didapati melanggar perlembagaan parti.

Ahli Parlimen Pandan itu sebelum ini mencabar agar tindakan diambil terhadap dirinya susulan menerima surat tunjuk sebab terbaru daripada parti berkenaan.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan keutamaan beliau sebagai Perdana Menteri kini lebih tertumpu kepada usaha menangani cabaran ekonomi negara berbanding polemik dalaman parti.

“Tak apalah isu ekonomi negara lebih serius berbanding masalah peribadi,” kata Anwar ketika diminta mengulas kenyataan Rafizi, hari ini.

Kredit Foto: Amir Irsyad | Pejabat Perdana Menteri 

Terdahulu, menerusi satu catatan di media sosial, Rafizi berkongsi maklum balas terhadap surat bertarikh 9 April daripada Lembaga Disiplin PKR yang memperincikan beberapa dakwaan pelanggaran disiplin yang didakwa mencemarkan nama parti.

Dalam jawapannya, Rafizi menggesa lembaga berkenaan membuat keputusan tegas dan segera berhubung kedudukan beliau dalam parti, sambil menyatakan rakyat “sudah mual” dengan perkembangan tersebut.

“Jika penjelasan saya itu dikira telah melanggar perlembagaan parti, jadilah seperti sebuah parti yang normal (dan tidak songsang) dengan mengambil tindakan memecat, seperti yang telah dibuat kepada anggota-anggota parti lain yang dikenakan pertuduhan disiplin sebelum ini,” kata Ahli Parlimen Pandan itu.

Pada Februari lalu, Rafizi mendakwa PKR cuba menekannya agar meninggalkan parti, sekali gus membuka laluan untuk beliau digugurkan sebagai Ahli Parlimen melalui peruntukan undang-undang antilompat parti.

Artikel lain: Lebih bahaya kepada PKR jika saya keluar parti, lagilah kuat bersuara – Rafizi

Perkembangan itu susulan tindakan PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab yang mendakwa Rafizi telah mengisytiharkan peletakan jawatannya daripada parti apabila mengumumkan hasrat bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang bukan atas tiket parti.

Surat tunjuk sebab terbaru yang dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Zainol Samah, turut menyatakan Rafizi didakwa kerap mengeluarkan kenyataan negatif terhadap parti dan presidennya.

Sumber: Malaysiakini (Haspaizi Zain)





Source link

OR

Scroll to Top