“Isu Etika Pemakaian…Kami Sebagai Muslim Tahu Apa Boleh Pakai”

“Isu Etika Pemakaian…Kami Sebagai Muslim Tahu Apa Boleh Pakai”


Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz berkata kumpulan De Fam mempunyai etika kod pemakaian apatah lagi salah seorang ahli iaitu Cik Manggis bertudung.

Memetik HibGlam, Azira berkata netizen tidak sepatutnya menyamakan De Fam dengan kumpulan Dolla berkenaan pemakaian kerana genre serta identiti mereka berbeza.

BACA: 12 Tahun Bercinta, Azira Shafinaz Dah Putus Dengan Kekasih

“Saya rasa sebelum ini De Fam sendiri ada kod pemakaian sebab Cik Manggis memang tak selesa berpakaian ketat atau mencolok mata.

“Kami dari dulu nak jaga pemakaian kita, kalau orang tanya macam mana De Fam boleh orang lain tak boleh, saya rasa tidak boleh jadi isu

“Masing-masing lain caranya. Mereka (Dolla) punya identiti dan genre pun lain nak dibandingkan dengan De Fam. Tanya berkaitan itu (isu pemakaian) sangat sensitif untuk saya bicarakan,” katanya.

Sementara itu, Azira berkata pada awal kemunculan De Fam banyak kecaman yang diterima namun mereka mengambil pendekatan untuk perbaiki serta lakukan lebih baik.

“Tak boleh cakap sebab semua lalui haluan berbeza. Dulu De Fam bermula pun orang cakap kami boleh menari saja. Banyak tomahan lalui, kami ambil sebagai positif. Cuba perbaiki diri sendiri.

“Itu saya cakap kadang-kadang teguran itu mungkin terbaik untuk kita. Buktikan kita boleh buat lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Azira berkata dia melihat kecaman terhadap Dolla dijadikan iktibar serta peringatan kepada selebriti wanita berkenaan isu pemakaian dan mengambil teguran diberikan untuk perbaiki.

“Sudah semestinya semua terlibat bukan sahaja Dolla mahupun De Fam. Bagi saya benda isu etika pemakaian. Kami sebagai Muslim tahu apa boleh pakai atau tak. Macam saya cakap kita kena ambil teguran dan cuba perbaiki,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top