Susulan isu tular di platfrom Threads berkenaan tindakan undang-undang yang diambil pelakon Fattah Amin terhadap bekas isterinya, Fazura peguam yang mewakili aktres itu iaitu Fakhrul Azmam Abu Hassan akhirnya tampil memberikan respons.
Memetik laporan Kosmo, Fakhrul berdasarkan pencarian maklumat yang dilakukannya mendapati aktor itu memfailkan satu permohonan kebenaran tunjuk sebab secara ‘ex parte’ terhadap Fazura melalui prosiding komittal awal Februari lalu.
Difahamkan, jika sabit kesalahan berlaku, Fazura boleh dipenjarakan kerana melanggar perintah mahkamah berkaitan hak lawatan yang diberikan kepada Fattah.
“Fattah failkan kes tersebut pada awal Februari lalu. Pada 31 Mac 2026, Hakim Yang Arif Tuan Salehan telah membuat keputusan untuk menolak permohonan yang difailkan oleh Fattah.
“Dalam erti kata lain, mahkamah menolak permohonan tersebut kerana tiada sebab untuk kenakan tindakan tunjuk sebab kepada Fazura. Mungkin bagi mahkamah, hak lawatan itu berjalan dengan baik,” katanya.

Tambah Fakhrul, pada hari sebutan kes berlangsung, hanya Fattah hadir ke mahkamah memandangkan prosiding tersebut dijalankan secara ‘ex parte’ (sebelah pihak).
“Sebelum kita ambil tindakan perlu dapatkan kebenaran mahkamah terlebih dahulu. Tetapi peringkat untuk mendapatkan kebenaran itu pun tidak diluluskan oleh mahkamah,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Fakhrul berpendapat, isu melibatkan hak lawatan anak boleh diselesaikan secara rundingan antara kedua belah pihak tanpa perlu melibatkan pihak mahkamah.
“Mungkin ada dua tiga kali yang Fatima sendiri tak mahu pergi kerana penat ataupun terlambat kerana ada kelas mengaji. Tetapi tahun ni Fatima dapat beraya bersama bapanya,” ujarnya.

Untuk info, isu ini mula menyorot perhatian ramai pihak selepas seorang individu yang dikenali sebagai @musangberjanggut berkongsi jadual prosiding sebutan kes mahkamah yang berlangsung pada 31 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor yang tertera nama kedua-dua pelakon itu di media sosial.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.
Malah, hak penjgaaan penuh Fatima juag telah diberikan kepada Fazura, manakala Fattah Amin diberi hak lawatan serta bermalam dua kali sebulan selain dibenarkan bertemu Fatima tiga kali seminggu.
Sumber: Kosmo






