Isu Kes Curang, Raf Yaakob Titip Pesan – “Selagi Pasangan Setia & Tak Langgar Perintah Agama, Hargailah”

Isu Kes Curang, Raf Yaakob Titip Pesan – “Selagi Pasangan Setia & Tak Langgar Perintah Agama, Hargailah”


‘Tak ada manusia yang sempurna’, demikian luahan selebriti dan usahawan, Raf Yaakob terhadap kes curang melibatkan pasangan suami isteri.

Menerusi perkongsian di Threads, Raf atau nama lengkapnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 40, berkongsi pandangan peribadinya mengenai hubungan suami isteri terutamanya pada masa kini yang semkain berdepan dengan pelbagai ujian.

“Banyak betul kes curang sekrang ni. Hidup berpasang-pasangan tu kena saling give and take dan saling melengkapi sebab tak ada manusia yang sempurna,” katanya.

Dalam pada itu, Raf berkata, asas kepada sebuah hubungan itu adalah keimanan dan kesetiaan.

Jelasnya, selahi kedua-dua pihak memelihara batas agama maka, hubungan tersebut wajar dijaga dengan sebaiknya.

“Selagi mana pasangan anda setia dan tak langgar perintah agama, jaga dan hargailah dia baik-baik.

“Semoga rumah tangga kalian sentiasa dalam lindungan Allah SWT,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wraganet meninggalkan respons positif terhadap hantaran berkenaan sekali gus menyifatkan nasihat Raf itu sebagai peringatan lembut kepad apasngan di luar sana agar lebih menghargai antara satu sama lain

 



Source link

OR

Scroll to Top