Isu pemakaian seksi: Tabby Dolla rayu tak heret mana-mana selebriti lain

Isu pemakaian seksi: Tabby Dolla rayu tak heret mana-mana selebriti lain

Isu pemakaian seksi: Tabby Dolla rayu tak heret mana-mana selebriti lain


Anggota kumpulan Dolla, Tabby, merayu agar peminat dan masyarakat tidak mengheret mana-mana selebriti lain dalam polemik berhubung isu pemakaian seksi yang kini hangat diperkatakan.

Isu pemakaian seksi jadi polemik

Menerusi hantaran di platform X, Tabby menegaskan bahawa artis hanya mahu berkarya dan memberikan hiburan terbaik buat peminat.

“Tolonglah bersikap baik kepada para artis. Kami hanya cuba menghasilkan muzik yang kami sayangi dan mencipta sesuatu yang membahagiakan peminat,” katanya.

Rakam penghargaan buat peminat walau terpalit isu pemakaian seksi

Tabby turut merakamkan penghargaan kepada peminat setia mereka, iDollas.

“Kami sayang iDollas dan terima kasih kerana sentiasa berada di sisi kami,” ujarnya.

Sebelum ini, perdebatan tercetus selepas video muzik terbaru Dolla, Question, mendapat kritikan warganet kerana gaya fesyen dianggap terlalu seksi.

Pendakwah selebriti Asma’ Harun menyifatkan imej itu tidak bermoral dan tidak sesuai dengan identiti wanita Muslim.

isu pemakaian seksi

Artikel lain: Ustazah Asma hargai tindakan turunkan MV Dolla – “Moga jadi contoh pada produksi, artis lain”

Susulan kritikan memuncak, Universal Music Malaysia menarik turun video tersebut daripada semua platform digital, selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, menyuarakan kebimbangan mengenai pemakaian artis Muslim.

Sumber: X babytabbypuff





Source link

OR

Scroll to Top