Isu penternakan khinzir: “Kalau boleh batalkan dulu projek itu…” -PM Anwar

Isu penternakan khinzir: “Kalau boleh batalkan dulu projek itu…” -PM Anwar


Isu cadangan projek penternakan khinzir berskala besar di Bukit Tagar terus menjadi perhatian apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan supaya projek berkenaan dibatalkan terlebih dahulu susulan kebimbangan rakyat setempat.

penternakan khinzir

Foto: Bernama

Ambil kira kebimbangan rakyat tentang penternakan khinzir

Memetik laporan daripada Berita Harian, beliau menyatakan kabinet berpandangan faktor persekitaran serta keresahan masyarakat pelbagai kaum di kawasan sekitar perlu diberi perhatian sebelum sebarang keputusan diteruskan.

penternakan khinzir

Foto: Bernama

Akan temui MB Selangor bincang isu penternakan khinzir

Beliau turut menambah akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagi mendapatkan pandangan lanjut, termasuk kemungkinan mencari kawasan lain yang lebih sesuai dengan jaminan penggunaan teknologi yang selamat.

“Saya akan bincang dengan Menteri Besar (Amirudin) supaya bagi pandangan, kalau boleh batalkan dulu projek itu dan pertimbangkan kalau boleh kawasan yang lebih baik dengan syarat teknologi itu terjamin.
“Kalau pun teknologi baik tapi di kawasan yang menimbulkan keresahan itu tentunya tidak wajar diteruskan,”ujarnya.

Foto: Bernama

Artikel lain: Pemindahan ladang khinzir ke Bukit Tagar perlu moden, elak pencemaran berlaku – Mat Sabu

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Amin, Bandar Baru Bangi, hari ini, sambil menegaskan kesejahteraan rakyat perlu menjadi keutamaan dalam pelaksanaan mana-mana projek pembangunan.

Sumber: Berita Harian ( Zanariah Abd Mutalib)





Source link

OR

Scroll to Top