Isu Suara Tak Jelas Di Tingkat Tiga, Jojie Aminuddin Dakwa Ada Pihak Sabotaj? – “Bukti Di CCTV, Kami Sedang Siasat”

Isu Suara Tak Jelas Di Tingkat Tiga, Jojie Aminuddin Dakwa Ada Pihak Sabotaj? – “Bukti Di CCTV, Kami Sedang Siasat”


Kakak kepada ratu rock negara, Ella Aminuddin iaitu Jojie Aminuddin tampil bersuara susulan dakwaan penonton di tingkat tiga Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat mendengar nyanyian dengan jelas ketika Konsert Ella yang berlangsung Sabtu lalu.

Menerusi hantaran di platform Threads, Jojie atau nama sebenarnya Rozita Aminuddin, 61, memberi bayangan kemungkinan wujud unsur sabotaj yang menyebabkan masalah teknikal di aras berkenaan.

Bagaimanapun, Jojie menegaskan isu tersebut tidak melibatkan pihak penganjur yang sudah lama bekerjasama dengan mereka.

“Minta maaf berkenaan isu itu. Kami juga hairan. Semua sudah diperiksa dengan terperinci. Takkanlah pihak EO (Event Organizer) nak buat benda yang menjejaskan nama mereka.

“Sudah hampir 10 konsert kami bergabung dengan EO yang sama.

“Memang ada unsur sabotaj di tingkat tiga stadium. Kami sedang menyiasat. Bukti ada di CCTV. Kita tak nampak, tapi Allah nampak,” katanya.

Terdahulu, konsert berskala besar itu menjadi bualan ramai apabila sebahagian penonton di tingkat tiga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sistem bunyi yang didakwa kurang jelas sehingga menjejaskan pengalaman menonton mereka.

Artikel Berkaitan: Bawa Jaguh Sukan Negara, Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella Dibanjiri 55,000 Peminat!



Source link

OR

Scroll to Top