Pelakon Isyariana mengakui dirinya masih single dan mahu mencari lelaki yang berharta dan beriman namun tidak menunjuk diri mereka kononnya alim.
Memetik mStar Online, pelakon berusia 35 tahun itu berkata dia juga mahukan lelaki yang mampu membimbing dirinya ke arah kebaikan serta seorang yang tenang.
BACA: Isyariana Pakai Tudung Sebab Allah, Harap Dapat Istiqamah
“Saya mencari lelaki yang beriman dan berharta. Saya rasa dua kriteria ini perlu seiring. Saya nak lelaki yang boleh membimbing sebab selama ini saya banyak berdiri sendiri.
“Jadi saya perlukan seseorang yang boleh membawa saya ke arah kebaikan. Asalkan dia tak menunjuk-nunjuk kononnya alim. Cukuplah kalau dia seorang yang tenang. Saya harap ada lelaki seperti itu di luar sana,” katanya.
Sementara itu, Isyariana menjelaskan lelaki berharta yang disebut bukan lelaki kaya raya sebaliknya bertanggunjgawab dan rajin bekerja dalam mencari nafkah.
“Saya tak pernah didekati lelaki yang cuba mengikis sebab saya pun tak pernah ada niat nak ambil kesempatan terhadap duit sesiapa.
“Selama ini bekas teman lelaki saya pun taraf kami sama saja, bukan jenis yang terlalu berharta. Lelaki berharta yang saya maksudkan adalah yang rajin bekerja dan mencari nafkah. Ada sifat tanggungjawab,” katanya.
Sumber: mStar Online






