11 Jun 2025 02:12am
Masa membaca: 4 minit
Harimau Malaya berjaya menewaskan Vietnam 4-0 pada aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
PENGENDALI Harimau Malaya, Peter Cklamovski berbangga dengan persembahan dipamerkan para pemainnya selepas membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.
Menurutnya, kemenangan itu bukti kesungguhan dan fokus pemain dalam sesi latihan yang dibayar dengan kemenangan berharga.
Tindakan peminat yang dilihat memboikot aksi Pestabola Merdeka merupakan isyarat jelas kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang ada dalam badan induk bola sepak negara.
Penganalisis sukan tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, peminat sudah muak dengan segala drama dan masalah dalam FAM yang masih tidak menemui jalan penyelesaian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/683568/berita/sukan/isyarat-tsunami-kepada-fam
Muzik: Theater of Delays – Black Sea – No Drums Version dari bendsound.com
#SinarHarian #BuletinTikTok #PestaBolaMerdeka2024 #FAM #UltrasMalaya #Boikot” />
/
“Saya bangga dengan persembahan pemain dan kami lakukan untuk Malaysia dan untuk penyokong.
“Persembahan pasukan penentu kemenangan ini. Pemain berlatih dengan gigih.
“Atmosfera di stadium dan sokongan penyokong seluruh negara sememangnya sangat menakjubkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.
Kemenangan tersebut menyaksikan Malaysia menerajui Kumpulan F dengan enam mata hasil dua kemenangan manakala Vietnam di tempat kedua dengan tiga mata.
Laos pula di kedudukan ketiga juga dengan tiga mata dan Nepal di kedudukan tercorot tanpa sebarang mata.
Bernama –