“Itu Trademark Saya” – Aisha Retno Tenang Jawab Dikritik Pakai Korset Luar Kebaya

“Itu Trademark Saya” – Aisha Retno Tenang Jawab Dikritik Pakai Korset Luar Kebaya


Penyanyi Aisha Retno tenang menjawab kritikan netizen yang mempertikaikan gaya memakai korset luar baju kebaya.

Menerusi perkongsian di Threads, Aisha berkata fesyen tersebut merupakan identitinya sejak di awal penglibatannya dalam industri muzik.

BACA: “Kalau Perlu Berdepan Secara Baik, Silakan” – Aisha Retno Enggan Campur Isu Sophia & Bella

“Gaya ini sudah menjadi “trademark” saya sejak saya mula masuk dalam industri. Walaupun ada yang kata ia melanggar ‘peraturan normal’, saya tak nampak apa-apa salah untuk saya jelaskan kenapa saya berpakaian begitu dalam setiap acara,” katanya.

Dalam pada itu, Aisha turut menjelaskan penampilannya itu selari dengan konsep lagu berkenaan berunsurkan Portugis-Joget Melaka.

“Tapi bila dikatakan ia kelihatan tidak menghormati, mungkin awak boleh bantu jelaskan dengan lebih lanjut apa sebenarnya yang dianggap tidak menghormati itu? Seperti yang awak boleh lihat, lagu ini sebenarnya berunsurkan Portugis–Joget Melaka,” tulisnya.

Difahamkan, Aisha tampil menjelaskan perkara itu berikutan ada individu berpendapat penyanyi itu sepatutnya mengekalkan elemen tradisional pada kebaya






Source link

OR

Scroll to Top