“Itu Yang Buatkan Kita Jadi Manusia Berguna, Kembalikan Rotan”

“Itu Yang Buatkan Kita Jadi Manusia Berguna, Kembalikan Rotan”


Pelakon Nadzmi Adhwa mengulas mengenai kes jenayah di sekolah yang kini semakin membimbangkan serta menyarankan hukuman rotan dikembalikan untuk mendisiplinkan pelajar.

Menerusi perkongsian di Threads, Nadzmi berkata suatu ketika dahulu penggunaan rotan dapat membentuk generasi yang berdisiplin sekiranya melakukan kesalahan.

BACA: “Ada Lagi Kecederaan, Bahu Ardell Koyak” – Nadzmi

“Mak ayah saya cikgu yang dah pencen. Zaman kita dulu kalau cikgu marah, mak ayah akan tambah dekat rumah bukan backup anak.

“Kalau salah tu tetap salah! Siapa je tak pernah kena rotan? Tarik rambut tepi telinga? Cubit? Itu membuatkan kita jadi manusia berguna di masa depan. Kembalikan Rotan!” tulisnya.

Sementara itu, Nadzmi turut memberi cadangan untuk embalikan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

“Kembalikan UPSR, dengan PMR supaya budak budak ni tak ada masa nak buat benda yang tak ada otak!” tulisnya.






Source link

OR

Scroll to Top