July 23, 2024

IVI RMA Global dan Lavima Fertility bergabung tenaga dalam penyelidikan rawatan kesuburan

IVI RMA Global dan Lavima Fertility bergabung tenaga dalam penyelidikan rawatan kesuburan


VALENCIA, Sepanyol dan BRUSSEL, July 08, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Mencari alternatif untuk mendapatkan oosit tanpa stimulasi ovari ialah bidang penyelidikan perintis dalam perubatan reproduktif. Kesukaran yang disebabkan oleh proses stimulasi ovari ialah penghalang semasa bagi sesetengah wanita dan pasangan yang sedang mempertimbangkan untuk memulakan rawatan reproduktif. Malahan, satu daripada setiap lima pasangan tidak memulakan proses untuk anak kedua disebabkan oleh perkara ini.

Stimulasi ovari ialah bahagian awal rawatan pembiakan terbantu dan merupakan fasa rawatan kemandulan yang paling sedikit kemajuan relevannya tercapai setakat ini. Bahagian ini adalah salah satu rintangan psikologi utama wanita semasa membuat keputusan untuk memulakan perjalanan ke arah alam keibuan. Kebanyakan daripada mereka runsing tentang cara proses ini boleh menjejaskan mereka secara fizikal dan emosi.

Dengan matlamat untuk mencapai kemajuan dalam bidang ini, IVI RMA GLOBAL telah menandatangani perjanjian eksklusif dengan Lavima Fertility Inc., sebuah syarikat AS dalam sektor kesuburan yang memiliki hak ke atas CAPA-IVM, teknologi rawatan kesuburan bebas hormon baharu sepenuhnya. Bersama-sama, IVI RMA Global dan Lavima Fertility telah membuka bidang penyelidikan perintis yang menyasarkan untuk menyisihkan stimulasi ovari bagi wanita yang ingin memulakan pembiakan berbantu atau rawatan vitrifikasi sel telur.

“Kami sedar bahawa fasa stimulasi ovari boleh mengakibatkan kebimbangan dan boleh menjadi penghalang keputusan untuk memulakan rawatan. Oleh sebab itu, di IVI dan bersama-sama Lavima Fertility, kami telah mengambil inisiatif dan kami akan mencabar sains dengan mencuba untuk mengoptimumkan bahagian rumit rawatan ini bagi sesetengah pesakit,” jelas Dr. Nuria Pellicer, pakar sakit puan di IVI Valencia.

Sebuah kajian klinikal telah bermula di ibu pejabat IVI Valencia di bawah arahan Dr. Ernesto Bosch, pengarah klinik tersebut, dan Dr. Nuria Pellicer, bersama-sama dengan pengarah saintifik IVI RMA Global, Dr. Juan Antonio García Velasco. Lavima Fertility menyokong kajian klinikal ini dengan menyediakan CAPA-IVM dan tambahan medium kultur yang membolehkan oosit matang di luar ovari wanita secara in vitro dan tanpa memerlukan stimulasi ovari. Penyelidikan ini akan seterusnya melibatkan klinik kumpulan IVI RMA Global yang lain.

“Objektif utama kami adalah untuk terus memanfaatkan wanita melalui penyelidikan dan untuk menghapuskan halangan psikologi bagi mereka yang memilih untuk tidak memulakan rawatan, risau tentang kesan fizikal dan emosi yang diakibatkan oleh stimulasi ovari ke atas mereka, walaupun simptom berkaitan proses ini kebiasaannya sederhana dan akan berlalu dalam beberapa hari,” kata Dr. Bosch.

Walaupun ini merupakan langkah asas dalam rawatan kesuburan, dianggarkan 20% pasangan yang ingin memulakan proses untuk anak kedua tidak melakukannya disebabkan keraguan mereka tentang kesan yang berpotensi daripada stimulasi ovari: “Mencari formula untuk menambah baik proses ini mengikut sains ialah projek yang mengujakan dan memberikan harapan untuk kami, dalam kerja penyelidikan kami yang berterusan, serta membolehkan kami untuk terus membantu dalam cara merintis dan dengan kemajuan terkini untuk wanita yang percaya akan kami dengan keinginan besar mereka,” simpul Dr. Pellicer.

“Mengelakkan stimulasi ovari terkawal serta hormon cetusan dalam ART secara jelas menggambarkan inovasi saintifik dan klinikal yang hebat,” kata Prof. Dr. Johan Smitz dari Lavima Fertility.

Sel telur yang tidak matang diambil daripada folikel kecil yang belum dirangsang. Kompleks kumulus oosit tersebut kemudiannya dimatangkan dalam proses dua langkah baharu secara in vitro menggunakan beberapa medium kultur tambahan. Teknologi ini dipanggil CAPA-IVM. Lima kajian klinikal rawak telah dijalankan di Asia dan lebih daripada 850 bayi telah dilahirkan menggunakan teknologi kesuburan bebas hormon baharu ini yang mencerminkan keselamatan penggunaan CAPA-IVM.

“Kami teruja tentang kerjasama penyelidikan antara IVI RMA Global dan Lavima Fertility dalam bidang rawatan kesuburan bebas hormon. IVI RMA Global ialah rantaian IVF terbesar di dunia dan bekerja bersama-sama dengan klinik IVI RMA Global dalam bidang ini akan membolehkan CAPA-IVM diberikan kepada lebih banyak pesakit di seluruh dunia pada masa hadapan,” simpul Prof. Smitz.

Perihal IVI
IVI diasaskan pada tahun 1990 sebagai institusi perubatan pertama di Sepanyol yang khusus sepenuhnya dalam bidang Pembiakan Manusia. Sejak itu, IVI telah membantu lebih daripada 250,000 kanak-kanak dilahirkan hasil daripada inovasi berterusan dan perkembangan rawatan pembiakan berbantu yang paling inovatif.

Institusi ini adalah salah satu pusat dengan kadar kehamilan terbaik; malahan, kebanyakan pasangan yang berunding tentang masalah kemandulan telah mencapai matlamat mereka. Tambahan lagi, IVI mempunyai pasukan yang terdiri daripada lebih 2,500 ahli profesional termasuk pakar sakit puan yang terbaik di dunia.
IVI adalah sebahagian daripada kumpulan IVI RMA Global yang ada di 15 buah negara. Selain daripada Sepanyol, insititusi ini ada di Portugal, Itali, Republik Czech, negara-negara Nordik, United Kingdom, AS, Kanada, Panama, Brazil dan Chile.

Untuk maklumat lanjut:
Lucía Renau lucia.renau@ivirma.com
Ricardo Pedrós ricardo.pedros@ivirma.com

APPLE TREE
Anaïs Priego ap@appletree.agency
Clara Martínez cla@appletree.agency

Perihal Lavima Fertility, Inc
Lavima Fertility telah diasaskan pada tahun 2020 sebagai keluaran sampingan daripada Free University of Brussels (VUB). Lavima memilik lesen eksklusif di seluruh dunia bagi teknologi CAPA-IVM yang asalnya dibangunkan di Free University of Brussels oleh Prof. Johan Smitz dan rakan sekerja. Teknologi CAPA-IVM ialah teknologi rawatan kesuburan bebas hormon sepenuhnya yang baharu. Beberapa ribu orang pesakit telah dirawat dengan CAPA-IVM di negara-negara Asia dan Australia. Lebih daripada 850 bayi telah dilahirkan selepas kitaran CAPA-IVM. Teknologi CAPA-IVM dilindungi oleh paten yang diberikan di wilayah-wilayah besar. Lavima Fertility sedang bekerjasama dengan klinik terkemuka IVF untuk menilai teknologi CAPA-IVM bagi pelbagai kohort pesakit dengan tujuan mengoptimumkan teknologi tersebut secara lebih lanjut dan melengkapkan pembangunan Kit Sistem CAPA-IVM.

www.lavimafertility.com

Untuk maklumat lanjut:
André Rosenthal andre.rosenthal@lavimafertility.com
Johan Smitz johan.smitz@lavimafertility.com



Source link

OR

Scroll to Top