Selepas berkongsi berita gembira mengenai kelahiran puteri ketiga mereka baru-baru ini, kali ini pasangan popular, Izara Aishah dan suami, Adib Khalid akhirnya berkongsi wajah anak mereka kepada umum.
Menerusi hantaran di Instagram, Adib memperkenalkan cahaya mata perempuan ketiganya itu yang diberi nama, Tahara Alima.
Selain itu, Adib meluahkan rasa syukur dan menganggap kehadiran Tahara adalah satu lagi bentuk kebahagiaan dalam keluarga mereka.
“Menyambut kelahiran cahaya mata perempuan kami, Tahara Alima binti Muhammad Adib.
“Alhamdulillah, syukur atas kurniaan yang tidak ternilai ini dan satu lagi kebahagiaan dalam keluarga kami,” katanya.
Dalam hantaran sama juga, Adib turut menzahirkan ucapan terima kasih terhadap doa-doa yang dititipkan buat isteri dan keluarganya sekali gus berharap Tahara menjadi anak yang solehah, sentiasa dilindungi dan sihat.
“Saya dan Izara ingin mengucapkan terima kasih atas segala ucapan dan doa yang diberikan.
“Semoga Allah sentiasa melindunginya, mengurniakan kesihatan yang baik, dan menjadikannya dalam kalangan anak-anak yang solehah. Aamiin,” ujarnya.
Artikel Berkaitan:Bertambah Lagi Princess, Izara Aishah Selamat Timang Anak Ketiga
Artikel Berkaitan:“Perbuatan Yang Disengajakan Tak Layak Dimaafkan, Memaafkan Itu kerja Tuhan” – Izara Aishah
Artikel Berkaitan:Izara Aishah Gelar Netizen ‘Mulut Puaka’ Biadap Gara-Gara ‘Face Shaming’ Sepupu – “Saya Tak Akan Bagi Muka Jika Orang Itu Dibuli Depan Saya”






