Izara Aishah Dedah Sebab Terima Tawaran Drama Sumpah Ibuku – “Realiti Ramai Yang Hidup Begini”

Izara Aishah Dedah Sebab Terima Tawaran Drama Sumpah Ibuku – “Realiti Ramai Yang Hidup Begini”


Pelakon tersohor, Izara Aishah akhirnya berkongsi sebab utama dia bersetuju membintangi drama baharu, Sumpah Ibuku, yang bakal menemui penonton mulai 19 November 2025 di slot Akasia TV3.

Menerusi satu ciapan di Threads, Izara menjelaskan watak dan jalan cerita drama ini begitu dekat dengan realiti kehidupan masyarakat sehingga membuatkan dia tertarik untuk mengambil tawaran tersebut.

“Kenapa saya terima tawaran drama Sumpah Ibuku? Pertama, ibu mertua jenis tak nak anak lelaki kesayangan kahwin. Kedua, suami bukan bodoh, suami bela sesiapa yang tidak salah bukan buta-buta mengiyakan perkara yang salah.

“Ketiga, menantu dihina, didera tapi dia mempertahankan diri. Tak lembik. Kalau dengan biras yang jahat tu, dia bagi saja balik.

“Keempat, Husna ini lama kemudian nanti baru dia balas balik dan kelima, realiti hidup ramai,” jelasnya.

Menampilkan kisah konflik keluarga, dendam dan tekanan seorang menantu yang diperlakukan dengan tidak adil, Izara percaya naskhah ini akan membuka mata ramai kerana ia mencerminkan situasi sebenar yang sering berlaku di luar sana.

Drama Sumpah Ibuku bakal ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3. Penonton juga boleh menonton episod baharu di iQIYI, satu jam selepas siaran TV, melalui laman web atau aplikasi di Google Play dan App Store.

Turut membintangi drama arahan ini ialah barisan pelakon terkenal seperti Liza Abdullah, Zara Zya, Syad Mutalib dan Syazwan Zulkifly.

Artikel Berkaitan: Remy Ishak Amalkan Mandi Air Garam Buang Aura Negatif – “Benda Ni Kita Cakap Dari Pengalaman”



Source link

OR

Scroll to Top