Jadi jemputan tapi Krishna diminta tinggalkan program

Jadi jemputan tapi Krishna diminta tinggalkan program


KUALA LUMPUR – Presiden Persekutuan Bina Badan Kuala Lumpur, Krishna Kumar kecewa apabila diminta meninggalkan program Kursus Kejurulatihan Spesifik Sukan Bina Badan Tahap Satu walaupun hadir sebagai tetamu jemputan kelmarin.

Beliau yang sedang menjalani penggantungan oleh Malaysia Body Building Federation (MBBF) berkata, senario itu pelik kerana beliau dijemput menyampaikan ucapan atas kapasiti sebagai penaja utama kursus itu.

Beliau menjelaskan, adalah tidak logik tidak membenarkan dirinya berada di lokasi sepanjang kursus empat hari itu yang juga ditajanya iaitu Bunga Kemboja Fitness adalah di bawah kendalian sebelum ini.

Ini kerana kehadirannya di premis itu sudah menjadi kebiasaan dan diperlukan setiap hari untuk pemantauan operasi.

“Sakit hati dengan Malaysia Body Building Federation (MBBF).
Buat kursus kat tempat saya, saya main sponsor, semua peserta saya yang carikan tapi saya tak boleh ada sana. Lawak pandai.

Kursus Kejurulatihan Spesifik Sukan Bina Badan Tahap Satu berlangsung selama empat hari dan berakhir esok.

“Dalam ucapan rasmi, saya siap puji MBBF sebab kerjasama dalam kursus ini. Saya sudah buat laporan polis, macam mana pun esok saya kena ada sana juga sebab saya yang jaga sound sistem dan led screen di bilik seminar, sudah la sistem itu mahal. Rosak bukan dia mahu ganti.

“Saya masuk bukan as president. Takut sangat la mereka ni,” tulis di media sosial miliknya.

Beliau juga memuatkan rakaman video berkongsi insiden itu serta laporan polis yang telah dibuat semalam.

Kumar ketika ini digantung oleh MBBF selama dua tahun pada akhir bulan lalu kerana kelantangannya mempertikaikan laporan kewangan majlis itu sebelum Mesyuarat Agung Tahun (AGM) MBBF awal bulan ini.

Hukuman gantung itu dakwanya bagi menghalang beliau bersuara pada AGM tersebut.

Kumar yang juga Presiden Persatuan Pusat Gim Malaysia pernah dinobatkan sebagai Penyumbang Pembangunan Sukan Yang Terbilang 2023 oleh Persekutuan Kecergasan Dunia (WFF) Malaysia atas sumbangan selama 10 tahun dalam sukan bina badan di negara ini.

Mengulas lanjut, Kumar menjelaskan, tindakannya  mempersoalkan laporan kewangan MBBF sebelum ini kerana terdapat kepincangan audit yang ketara.

Tegas beliau, menjadi tanggungjawabnya sebagai presiden persatuan untuk membangkitkan isu tersebut untuk memperbetulkan keadaan.

“Amat menyedihkan apabila sukan bidang badan di negara ini hari ini telah dicemari politiking yang semakin serius untuk mengekalkan jawatan mereka.

“Justeru saya menyeru kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara agar lebih tegas menilai laporan aktiviti dan kewangan persatuan sukan agar tiada unsur-unsur penipuan yang dilampirkan,” katanya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top