Pelakon Sharnaaz Ahmad menyorot perhatian apabila memuat naik video miliknya bersama penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz ketika memperagakan pakaian raya, Bulan Bintang di Instagram.
Perkongsian tersebut ternyata meninggalkan pelbagai respons dalam kalangan warganet yang kembali mengimbau ‘kisah cinta’ mereka ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lalu.
Malah, menjengah ke ruangan komen, kedua-dua selebriti ini juga keliahtan saling berbalas komen sekali gus mengundang reaksi positif dalam kalangan warganet.




Imbas kembali, Sharnaaz Ahmad dan Azira Shafinaz pernah mencetuskan spekulasi mengenai hubungan istimewa mereka apabila pelakon itu memuat naik foto bersama di Insta Story miliknya.
Perkongsian tersebut dibuat selepas Sharnaaz menerima hadiah berupa pelitup separa muka daripada Azira, lengkap bersama belon dan bunga.
Menerusi hantaran berkenaan, bapa kepada Jebat Jayden itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Azira sambil disertakan emoji ‘kiss’, sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.





