July 27, 2024

Jadikan UniPSAS sebagai universiti Islam terbaik – Sultan Pahang

Jadikan UniPSAS sebagai universiti Islam terbaik – Sultan Pahang


KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu semua pihak berusaha menjadikan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) sebagai institusi pengajian Islam terbaik.

Baginda bertitah, pihak yang terlibat seperti Menteri Besar dan Canselor dan Naib  Canselor universiti tersebut perlu melunaskan amanat itu.

”Kita sama-sama naikan UniPSAS menjadi universiti yang disegani di rantau ini,” titah baginda ketika merasmikan majlis Penutup Persidangan Pendidikan Kontemporari Antarabangsa Dalam Dunia Islam (ICCEIW), di sini. hari ini.

Sementara itu, Naib Canselor UniPSAS, Profesor Datuk Dr Mohd Zawavi Zainal Abidin berkata, pelbagai program bakal dianjurkan bagi terus mengangkat martabat UniPSAS.

Menurut beliau, pengajuran penganjuran ICCEIW itu turut  diiktiraf dengan penyertaan 22 negara Islam.

”Yang kedua pengitirafan universiti dari negara Islam terhadap Pahang pada amnya dan  kepada UniPSAS, di mana satu petanda kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan universiti lain dalam dan luar negara.

”Kalau kita meenliti titah tuanku, sudah satu gambaran yang hebat dan harapan tinggi dari tuanku supaya mahu semua pihak dari Istana, kerajaan negeri mahu menjadikan UniPSAS salah satu universiti terhebat yang diiktiraf peringkat dalam negeri dan antarabangsa,” katanya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, seminar tersebut mendapat maklum balas yang positif. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

ICCEIW wadah tangani Islamophobia – Sultan Abdullah

Al-Sultan Abdullah usul wujud Mahkamah Agung Syariah di Pahang

ICCEIW himpunkan delegasi 22 negara Islam di Pahang

Status lima ADUN Lantikan Pahang masih dalam perbincangan – MB

 



Source link

OR

Scroll to Top