September 8, 2024

Jagdeep nafi diarah bercuti daripada tugas

Jagdeep nafi diarah bercuti daripada tugas


GEORGE TOWN – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo menafikan dakwaan beliau diarah bercuti daripada menjalankan peranannya dalam pentadbiran negeri ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat sebaliknya berkata, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow yang memberi kelulusan untuk beliau bercuti bagi mendapatkan rawatan lanjut bahagian buku lali yang sakit.

“Saya akan kembali menjalankan tugas, cuma kini berada di Kuala Lumpur atas faktor mendapatkan rawatan kesihatan bahagian buku lali.

“Sudah bertahun saya mengalami kesakitan ini sehingga ada kalanya memerlukan pegawai membantu saya untuk naik ke pentas bagi beberapa acara sebelum ini,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu sebuah media melaporkan Jagdeep diarahkan bercuti atas alasan menyelesaikan masalah peribadinya.

Media pada Jun 2022 melaporkan Jagdeep patah pergelangan kaki kiri selepas diserang lelaki warga asing tidak dikenalinya dalam kejadian di sebuah restoran di Tanjung Bungah di sini. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top