Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesahkan status pernikahan Kamal Adli dan Uqasha Senrose adalah sah mengikut syarak.
Memetik BH Online, JAIP memaklumkan berdasarkan rekod pasangan itu dinikahkan pada 4 November 2021, jam 9.30 malam di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong.
BACA: “Adakah Sah Perkahwinan Ini? Tanpa Pengetahuan Bakal Isteri?” – Uqasha
“Majlis akad nikah dijalankan dengan persetujuan dan kehadiran wali mujbir pengantin perempuan, iaitu bapa kandungnya, Nik Sen Mat Ripin.
“Bapa pengantin perempuan mewakilkan (wakalah wali) kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Kawasan Bentong 1 untuk menjalankan akad nikah itu,” katanya.
JAIP menjelaskan majlis pernikahan mereka dikendalikan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan wabak COVID-19.
“Jabatan ini memperakukan bahawa akad nikah yang berlangsung memenuhi semua rukun nikah dan sah dari sudut hukum Syarak,” katanya.
Terdahulu, Uqasha membuat pendedahan yang mengejutkan ramai apabila mempersoalkan mengenai status perkahwinannya dengan Kamal.
Uqasha mendakwa tarikah pernikahan pada sijil pernikahan mereka berbeza dan hanya mengetahui mengenai perkara itu apabila memfailkan perceraian.
“Allah Maha Besar! Masyallah satu lagi, aku dinikahkan dan diakad atas PENGETAHUAN AKU PADA 5/11/2021 jam 9pagi, tapi di SIJIL NIKAH AKU DINIKAHKAN 4/11/2021 pada jam 9.30 malam.
“AllahuAkbar! Adakah sah perkahwinan ini tanpa pengetahuan bakal isteri? sah ke ? cukup ke syarat sah kawin?” tulisnya.
Sumber: BH Online






