July 19, 2024

Jakim saran institusi masjid teroka teknologi AI

Jakim saran institusi masjid teroka teknologi AI


Kota Bharu: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyarankan institusi masjid di negara ini memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) sejajar dengan hasrat kerajaan dalam pendigitalan penyampaian perkhidmatan.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, kepantasan teknologi ketika ini menuntut institusi masjid menyediakan pelbagai kemudahan dan platform bagi mendekatkan jemaah dengan masjid.

“Saya berpandangan sudah tiba masanya untuk institusi masjid meneroka teknologi AI seperti lawatan masjid secara maya, sistem pintar masjid, derma masa nyata dan data ahli kariah,” katanya kepada pemberita pada Konvensyen Masjid Nusantara 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata, Jakim akan mengadakan kerjasama dengan masjid di seluruh negara bagi merealisasikan perkara berkenaan.

“Teknologi AI ini mungkin boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun dua lagi kerana masih banyak perkara yang boleh diperkemaskan,” katanya.

Menurut Sirajuddin, penggunaan teknologi AI tidak sukar dilaksanakan kerana ramai imam kini terdiri daripada orang muda yang banyak berinteraksi dengan teknologi.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top