Jakim terima anugerah tadbir urus halal sempena WITA 2025

Jakim terima anugerah tadbir urus halal sempena WITA 2025


JEFFRI (kanan) menyampaikan anugerah kepada Muhyidin sempena WITA 2025 baru-baru ini. Foto Jakim

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa selepas berjaya meraih anugerah Institutional Excellence in Halal Governance pada World Islamic Tourism & Trade Award (WITA) 2025 baru-baru ini.

Jakim dalam kenyataan berkata, pengiktirafan tersebut diberikan atas usaha berterusan pihaknya dalam memperkukuh tadbir urus halal, bukan sahaja di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa.

“Peranan yang dimainkan dalam memastikan integriti sistem pensijilan halal telah meletakkan Malaysia sebagai peneraju utama industri halal dunia.

“Dengan kejayaan ini, usaha memperkukuh jaringan kerjasama bersama agensi tempatan dan antarabangsa akan terus diperkasa.

“Langkah ini diyakini mampu melonjakkan lagi reputasi Malaysia sebagai hab halal global serta destinasi pelancongan Islam pilihan utama,” katanya.

Anugerah berprestij itu disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Jeffri Sulaiman kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jakim, Muhyidin Aziz@Saari.

WITA 2025 merupakan satu platform bagi meraikan kecemerlangan dan inovasi dalam sektor pelancongan serta perdagangan Islam di peringkat global.

Ia menjadi platform pengiktirafan kepada organisasi, individu, destinasi dan inisiatif cemerlang yang telah menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan pelancongan halal, pengukuhan budaya Islam, amalan perniagaan beretika, serta pembangunan perdagangan mampan di seluruh dunia.



Source link

OR

Scroll to Top