Jalan Pudu, Petaling Street di ibu kota dinaiki air

Jalan Pudu, Petaling Street di ibu kota dinaiki air


PETALING JAYA: Hujan lebat di ibu negara menyebabkan beberapa kawasan di ibu kota dinaiki air.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan  di Facebook rasmi memaklumkan, kawasan yang dinaiki air membabitkan Jalan Pudu dan Jalan Sultan (Petaling Street).

“Paras air di sungai-sungai utama sehingga pukul 2.45 petang masih normal dan terkawal. 

“Para pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati dan berwaspada,” kata hantaran itu. 

Sementara itu, Jabatan BombaHujan lebat di ibu negara menyebabkan beberapa kawasan di ibu kota dinaiki air dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang panggilan berhubung banjir kilat.– UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top