“Jamilah? Trend Yang Memalukan, Menjatuhkan Umat Islam” – Isa Khan

“Jamilah? Trend Yang Memalukan, Menjatuhkan Umat Islam” – Isa Khan


Pelakon Isa Khan memberikan pendapatnya mengenai trend Jamilah yang kini menjadi ikutan ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Isa menyifatkan ianya trend memalukan serta merosakkan imej umat Islam dengan aksi separuh bogel di atas katil.

BACA: Genap Sebulan Berkahwin, Risteena Rasa Bertuah Miliki Isa Khan

“Jamilah? Trend yang memalukan dan menjatuhkan umat Islam je. Lelaki dengan tak malunya berbaring atas katil separuh bogel dengan muka miang masing, perempuan pula tak nak kalah dengan komen yang tak senonoh,” tulisnya.

Kata suami kepada pelakon Risteen itu lagi, lebih mengecewakan apabila ada wanita berstatus isteri turut meninggalkan komen tidak sepatutnya seolah tiada rasa segan.

“Masalahnya bini orang pun nak menggatal sekali, dan masalah paling besar adalah semua yang terlibat ni umat Islam. Korang semua ni dah putus urat malu ke apa? Dunia dah akhir zaman,” katanya.

Perkongsian Isa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju serta mengatakan akhirnya ada juga yang menyuarakan menenai perkara itu. 






Source link

OR

Scroll to Top