“Mereka di sana, bertarung nyawa. Kalau kita terkandas atau terjatuh dek kerana kata-kata orang, bagaimana kita nak berjuang untuk ummah?”.
Demikian luahan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi susulan kata-kata ‘kesat’ yang diberikan segelintir netizen terhadap peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) baru-baru ini.
Kata Heliza, berjuang untuk saudara di Palestin bukanlah sesuatu yang mudah namun, itu adalah salah satu inisiatif masyarakat di negara aman damai untuk membantu mereka di sana.
“Rasulullah Nabi Muhammad SAW yang sangat maksum dan dikatakan kekasih Allah juga berdepan ujian dalam menyebarkan kebaikan, apatah lagi mereka yang tiada apa-apa.
“Bila kita berjuang untuk Palestin, ia bukan satu perjuangan yang mudah. Mungkin di situ Allah nak tengok, kalau orang kecam, kita berhenti tarik ‘hand brake’ ke atau kita teruskan?
“Kalau kita terkandas atau terjatuh dek kerana kata-kata orang, bagaimana kita nak berjuang untuk ummah?Sedangkan mereka di sana bertarung nyawa,” katanya.
Dalam pada itu, Heliza atau nama lengkapnya, Nur Heliza Helmi, 39, berkata, peserta sukarelawan GSF lain tidak menyangka akan ada sambutan meriah daripada masyarakat keyika menanti kepulangan mereka.
“Tak pernah terfikir sambutan begini. Kita ucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia.
“Isu Palestin belum habis lagi tapi kita dah mula bangkit untuk Palestin. Inshaa-Allah. Kita bersama-sama dengan Palestin,” jelasnya.
Terdahulu, terdapat segelintir netizen yang melabel tindakan para sukarelawan yang terlibat dalam misi GSF baru-baru ini hanyalah sekadar ‘wayang’ semata-mata.
ARTIKEL BERKAITAN:ZRA Bidas Netizen ‘Biadab’ Label Sukarelawan GSF ‘Gila’ Publisiti – “Mereka Yang Pertikai Soal Palestin Ibarat Seperti Anj*ng!”
ARTIKEL BERKAITAN:Betty Rahmad Tegur Netizen Anggap Peserta Misi Kemanusiaan ‘Banyak Drama’- “ Kenapa Kejam Sangat Ya?”
ARTIKEL BERKAITAN:Syamel Buka Mulut Isu Netizen Pertikai Misi Kemanusiaan Pejuang GSF – “Jangan Persoalkan Andai Diri Sendiri Tak Mampu Tandingi Ikhlas Mereka”
ARTIKEL BERKAITAN:“Inilah Makhluk Paling Zalim Atas Muka Bumi” – Baju Digunting, Tudung Direntap… Zizi Kirana Dedah Momen Ditahan Pihak Isr**l
Sumber: Harian Metro