Tindakan mempertahankan rakannya yang juga suami kepada salah seorang peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0, Ardell Aryana iaitu pelakon, Nadzmi Adhwa, pendakwah bebas, PU Rahmat tampil menegur sikap segelintir pihak yang menghina aktor itu.
Menurut PU Rahmat, membenarkan dan menyokong semangat jihad isteri adalah hak individu masing-masing namun, itu bukanlah tiket untuk menghina atau mempersoalkan tindakan mana-mana golongan suami.
“Kau orang tak nak benarkan isteri join sumud tu hak kau orang. Kau orang nak simpan bini dalam rumah dan layan netflix sampai 100 episod pun silakan.
“Cuma jangan halang @nadzmiadhwa benarkan Ardell berjuang. Jangan halang potensi wanita menjadi hebat disisi Allah.
“Aku kalau ada isteri nanti, aku suruh dia kawan dengan Ardell. Tak nak lah aku bagi kawan dengan isteri kau,” katanya.

Bagaimanapun, sedar dengan kenyataannya itu yang dianggap kasar oleh sesetengah pihak, PU Rahmat akhirnya tampil memohon maaf sekiranya terdapa mana-mana pihak yang terasa hati.
Jelasnya, dia tidak menafikan wanita yang duduk di rumah adalah untuk mencapai syurga selain berniat mahu golongan itu juga dibenarkan berjihad.
“Saya memohon maaf jika ada yang salah faham dan terasa. Saya tidak menafikan wanita yang duduk di rumah untuk mencapai syurga.
“Hanya saya menegaskan, jika kalian tidak mahu isteri kalian berjuang. Maka, silakan. Namun, jangan dipaksa Adhwa melarang Ardell ke Sumud.
“Tiada niat lain, melainkan mahu wanita muslimah dibenarkan berjihad. Sekali lagi, saya mohon maaf. Kita kembali fokus kepada Gaza kera aGaza adalah cerita utama,” jelasnya.







