Jangan eksport sumber makanan ke luar kalau bekalan tempatan kurang – Pengguna

Jangan eksport sumber makanan ke luar kalau bekalan tempatan kurang – Pengguna


PETALING JAYA – Kerajaan disarankan supaya tidak mengeksport bahan makanan mentah ke negara lain bagi memastikan bekalan tempatan tidak terjejas.

Salah seorang pengguna, Shahrom Mohd Sharif, 64, berpendapat  tindakan mengeksport secara berlebihan bekalan makanan akan memberi kesan kepada kenaikan harga pasaran tempatan.

Jelasnya, situasi berkenaan hanya akan menekan rakyat.

“Bagi saya barang makanan keperluan harian, harga akan naik kalau pengeluaran kurang. Jadi kerajaan perlu pastikan bekalan konsisten, itu yang penting.

Pengguna, Shahrom Mohd Sharif, 64, bercakap pada MalaysiaGazette ketika tinjauan harga barang di Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail berkenaan kenaikan harga sayur dan ikan. Foto AIZAT ZAINAL, 27 OKTOBER 2024.

“Yang saya tahu sayur kita pun kita eksport ke Singapura jadi perlu elakkan kerana keperluan untuk negara kita pun tidak cukup dan mulalah kita import dari China, Thailand dan banyak lagi (negara lain), kita pula import sedangkan apa yang kita ada tidak kita gunakan sebaiknya.

“Kalau kita terus guna cara itu bermaksud kita sentiasa import bekalan dari luar, jadi sampai bila begitu. Kita ada bekalan sendiri, tanah jadi sepatutnya begitu,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Terdahulu tinjauan MalaysiaGazette di Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) mendapati sebahagian pengguna mendapati harga bekalan makanan seperti sayur, bawang, daging dan ikan mengalami kenaikan harga sejak seminggu yang lalu.

Shahrom berkata, bekalan makanan mentah yang dibelinya sejak seminggu lalu meningkat lima hingga 10 peratus,

Menjelang perayaan Deepavali pada hujung minggu ini, beliau yakin harga akan meningkat lebih tinggi.

“Barang basah termasuk ikan dan daging memang terasa kenaikannya. Daging dulu RM30 sekilo sekarang lebih. Belum perayaan pun sudah harga naik kalau perayaan saya rasa lagi tinggi lah harga. Deepavali ni kita tidak raikan cuma semua harga kita beli.

“Harapnya kerajaan dapat kekalkan harga barangan basah,”ujarnya,

Lukeswari, 73  juga senada dengan Shahrom berkata, berbekalkan RM50 sayur-sayuran yang dibelinya kini untuk kegunaan sekitar tiga heri sahaja.

“Harga makin naik, bulan lalu saya lihat harga bahan basah, sayur-sayuran tidak sepeti sekarang, maksudnya ada kenaikan.

Pengguna, Lukeswari, 73, bercakap pada MalaysiaGazette ketika tinjauan harga barang di Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail berkenaan kenaikan harga sayur dan ikan. Foto AIZAT ZAINAL, 27 OKTOBER 2024.

“Sayur, ayam, semuanya naik, kalau RM50 tu tidak cukup untuk bekalan bahan mentah untuk seminggu. Jumlah itu hanya dapat enam jenis bahan. Tidak akan tahan untuk seminggu hanya tahan dua dan tiga hari,” ujarnya,

Ahmad Reza Ahmad Fauzi, 39 berkata, harga sayur-sayuran kini meningkat sehingga 40 sen.

“Contoh sayur campur dulu RM6.50 sekarang RM6.90. Dua minggu lepas naik. Nampak ada beza. Saya rasa harga akan naik lagi dalam tempoh seminggu ini,” menurutnya.

Pengguna, Ahmad Reza Ahmad Fauzi, 39, bercakap pada MalaysiaGazette ketika tinjauan harga barang di Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail berkenaan kenaikan harga sayur dan ikan. Foto AIZAT ZAINAL, 27 OKTOBER 2024.

Tambahnya, lebih mengecewakan apabila tidak ada kelibat penguatkuasa di pasar yang sering dikunjunginya itu.

“(Di pasar ini) tidak ada penguatkuasa setakat ini. Saya tidak nampak. Mungkin perlu ada penguatkuasaan lebih giay supaya tidak ada peningkatan harga mendadak menjelang perayaan ini di semua tempat.

“Pasar di Penchala pun saya perhatikan peniga sesuka hati naikkan harga.  Pasar pagi Sabtu dan pagi,” katanya.

Semalam MalaysiaGazette melaporkan, masyarakat India resah apabila harga barangan basah didapati semakin naik menjelang sambutan Deepavali minggu depan.

Orang ramai membeli ikan segar semasa hari minggu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Besar Taman Tun Dr. Ismail . Foto AIZAT ZAINAL, 27 OKTOBER 2024.

Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah berkata, harga sayur-sayuran dan ikan antara makanan keperluan yang didapati naik harga.

Sebelum ini dijangkakan, harga sayur khususnya akan naik tiga kali ganda menjelang hujung tahun ini.

Ini berikutan fasa Monsun Timur Laut (MTL) yang akan berlaku pada hujung tahun ini. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top