Jangan fikir sejarah lalu – Mancini

Jangan fikir sejarah lalu – Mancini


Riyadh: Jurulatih Arab Saudi, Roberto Mancini, memberi amaran kepada pemainnya agar tidak berpuas hati dengan pencapaian lalu ketika beliau berusaha menghidupkan cabaran pasukannya untuk mendapatkan tempat automatik di Piala Dunia 2026.

Mancini menyaksikan pasukannya tewas 0-2 di Jeddah pada hari kepada Jepun yang menguasai pusingan ketiga kelayakan Asia, menjadikan mereka berada dalam keadaan terkejar-kejar bagi perlumbaan kelayakan Piala Dunia.

Arab Saudi sedang berusaha untuk menempah tempat ke Piala Dunia untuk kali ketiga berturut-turut – dan yang ketujuh secara keseluruhan – dengan Mancini menegaskan kepada pemainnya bahawa mereka tidak boleh bergantung kepada sejarah untuk memastikan kemaraan ke Amerika Utara dalam masa dua tahun.

“Kita tidak hidup di masa lalu, perkara yang penting adalah untuk layak tanpa mengira kedudukan,” kata Mancini, yang mengambil alih pada Ogos 2023 daripada Herve Renard.

“Tiga tahun lalu, keadaannya berbeza. Mungkin pemain lebih banyak bermain atau lebih muda. Kita perlu berhadapan dengan situasi semasa.”

Di bawah Renard, Saudi mencatatkan kemenangan sensasi 2-1 ke atas Argentina dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022 di Qatar, kekalahan terakhir yang dialami pasukan Lionel Scaloni sebelum mereka menjuarai kejuaraan dengan kemenangan ke atas Perancis di final.

Renard meletak jawatan pada Mac 2023 untuk mengambil alih pasukan wanita Perancis, sementara langkah-langkah untuk mengukuhkan Liga Pro Saudi menyaksikan kemasukan ramai bintang asing bergaji tinggi ke negara itu dalam beberapa musim terakhir.

Kemasukan mereka, yang membenarkan kelab menandatangani sehingga 10 pemain bukan Saudi dan menurunkan sehingga lapan pemain dalam setiap perlawanan SPL, menyebabkan Mancini mengawasi sekumpulan pemain yang sering kekurangan waktu permainan yang tetap.

“Satu-satunya masalah yang kita hadapi, tiga tahun lalu semua pemain Saudi bermain dalam setiap perlawanan,” kata Mancini.

“Hari ini, 50 hingga 60 peratus tidak bermain dalam perlawanan dan ini adalah satu-satunya masalah yang kita ada.”z

Arab Saudi akan menentang Bahrain Selasa ini, berusaha untuk kembali ke landasan kemenangan dengan pasukan Mancini kini setara dengan empat mata bersama lawan mereka itu dan Australia.

Indonesia ketinggalan satu mata, manakala China berada di dasar kumpulan tanpa sebarang mata.

Hanya dua pasukan teratas yang pasti layak ke pusingan akhir di Amerika Utara, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat akan mara ke pusingan kelayakan seterusnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top