“Jangan Kembalikan Aku Ke Versi Yang Manusia Sayang, Tapi Kau Tak Reda”

“Jangan Kembalikan Aku Ke Versi Yang Manusia Sayang, Tapi Kau Tak Reda”


Penyanyi yang juga bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal berkongsikan hantaran berkenaan impak penghijrahan terhadap dirinya selepas membuat keputusan menutup aurat.

Menerusi satu hantaran di Threads, Syasya tidak menyebut secara lanjut perkongsian itu ditujukan kepada sesiapa namin seakan memberi bayangan untuk berubah menjadi lebih baik.

BACA: Syasya Rizal Termakan Daging B*bi Ketika Bercuti Di China

“Alaa skirt pendek je pun. Semua orang pakai’. ‘Menari sikit je, bukan dosa besar pun’. ‘Yang penting dapat followers, dapat job, dapat duit’. Ayat-ayat itu dia ulang sampai hati dia mati rasa. Sampai dia percaya… dosa itu cuma content.

“Dulu bila orang pandang, dia rasa disayangi, tapi lepas dia tutup aurat, pandangan sama berubah macam dia buat salah,” tulisnya.

Sementara itu, Syasya berkata sindiran masyarakat dan hilang sokongan adalah perkara biasa namun tidak membuatkannya berhenti.

“Yang dulu panggil dia ‘queen’, sekarang sindir dia ustazah TikTok. Yang dulu sokong? Sekarang senyap. Macam hijrah dia hanya layak diraikan, kalau dia masih cantik ikut standard orang.

“Sampai satu hari, Allah buat dia rasa hilang dan dalam kehilangan itu, dia jumpa diri dia semula,” tulisnya.

Dalam pada itu, Syasya yang sudah memadam video dan gambar lama yang mendedahkan auratnya sentiasa berdoa agar pilihannya itu diredhai Allah.

“Satu-satu video dan gambar lama dipadam. Bukan sebab malu orang tengok, tapi sebab malu Allah tengok. Dan sejak hari tu, doa dia cuma satu, ‘Ya Allah… jangan kembalikan aku kepada versi yang manusia sayang, tapi Kau tak reda’,” tulisnya.






Source link

OR

Scroll to Top