“Jangan Kongsi Kelemahan Dengan Lelaki Tak Kenal”-  Sherry Ibrahim Minta Wanita Lebih Berwaspada

“Jangan Kongsi Kelemahan Dengan Lelaki Tak Kenal”-  Sherry Ibrahim Minta Wanita Lebih Berwaspada


Pelakon Sherry Ibrahim menasihatkan golongan wanita agar tidak berkongsi kisah peribadi, berkaitan kesedihan dan kelemahan diri, terutamanya dengan lelaki yang tidak dikenali bagi mengelakkan diri daripada dimanipulasi.

Menurut Sherry, terdapat segelintir individu yang suka mengambil kesempatan apabila mengetahui seseorang wanita berada dalam keadaan yang lemah.

“Dah dekat sini sampai sleepy, moral of the story don’t share kisah-kisah sedih or kelemahan dengan sebarang lelaki yang tak berapa kenal.

“Sebab bila dia tahu perempuan tu lemah, dia akan buat-buat cara and take advantage over it. Mula-mula buat-buat kasihan lepastu ambil kesempatan dalam kesulitan,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Tegasnya, sebarang hubungan atau situasi yang melibatkan wanita perlu berlandaskan kerelaan dan persetujuan.

Ini kerana, ia sebagai peringatan agar wanita sentiasa berwaspada serta menjaga batas pergaulan demi keselamatan dan kesejahteraan diri.

“Kalau perempuan tak nak, please do not force! Action speaks lounder tahn words,” jelasnya.



Source link

OR

Scroll to Top