“Jangan Memandai-Mandai, Saya Tak Pernah Bezakan Anak-Anak”

“Jangan Memandai-Mandai, Saya Tak Pernah Bezakan Anak-Anak”


Pelakon dan penyanyi Abby Abadi meminta agar orang ramai tidak menilai mengenai kasih sayangnya terhadap anak-anak berdasarkan perkongsian di media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok, Abby berkata jika mahu menilai pada hantaran di media sosial, anak-anak lagi jarang memuat naik gambarnya sebagai ibu.

BACA: “Pinjam Dah Bayar Balik Pun” – Abby Abadi Pertahan Lelaki Rapat Dengan Marissa

“Kalau nak nilai dari post, anak-anak lagi jarang post gambar Mamanya… tapi dah memang macam tu caranya, kita enjoy saja,” tulisnya.

Sementara itu, Abby berkata mahu perbetulkan dakwaan netizen bahawa dia tidak pernah membezakan anak-anak mahupun yang kecil atau besar.

“Sekadar ingin memperbetulkan keadaan. Jangan memandai-mandai. Sebab anak-anak saya tak pernah dibezakan. Baik yang kecil, baik yang besar.

“Cuma kalau yang besar-besar, kalau ada bergambar, ada la sebabnya. Kalau tak bergambar… sibuklah mereka. Gitulah, seterus-terusnya,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top