Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menitipkan pesanan buat pasangan yang sudah berpisah agar tidak memisahkan kasih sayang ibu bapa dengan anak-anak meskipun jodoh tidak panjang.
Menerusi hantaran di Threads, Fazley berkata usaha seorang bapa yang meminta untuk bertemu dengan anak sudah membuktikan keprihatinan sebagai seorang bapa.
BACA: Fazley Yaakob Kerap Terima Mesej Nakal Lepas Cerai

“Tak kisahlah apa orang cakap pasal awak dan apa jua cerita dari side bekas isteri, the moment seorang ayah minta agar tidak disusahkan proses dia jumpa anak.. you already showed your daughter that you have a good fatherly heart.
“Jangan pernah pisahkan kasih sayang seorang ayah pada anak-anaknya walau apa pun berlaku. Benar syurga di bawah telapak kaki ibu, tapi kasihnya ayah juga membawa ke syurga,” tulisnya.
Perkongsian Fazley itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju agar ibu bapa bertolak ansur demi anak meskipun bercerai dengan cara tidak baik.






