“Jangan Sampai Satu Hari Nanti Kau Kena Saman” – Nadia Annuar Tegur Sikap Warganet Suka Sibuk Hal Orang

“Jangan Sampai Satu Hari Nanti Kau Kena Saman” – Nadia Annuar Tegur Sikap Warganet Suka Sibuk Hal Orang


Selebriti Nadia Annuar menempelak tindakan segelintir pihak yang secara terbuka berkongsi foto mahupun video orang lain di media sosial tanpa kebenaran.

Menerusi hantaran di Threads, anak kepada usahawan kosmetik Kak Ton itu berkata, memuat naik video dan membuat tuduhan mengenai kehidupan peribadi orang lain adalah satu fitnah.

“Memuat naik hantaran video individu dan membuat tuduhan mengenai kehidupan peribadi can constitute defamation and breach privacy laws (including PDPA),” katanya.

Menyifatkan tindakan menjaga tepi kain orang sebagai tidak berfaedah, Nadia tampil memberi peringatan kepada masyarakat di luar sana agar tidak mengambil tahu kehidupan orang lain.

“Just a kind reminder untuk orang yang suka menyibuk, jangan sampai satu hari kau kena saman sebab perangai yang tak ada faedah ni,” katanya.

Nadia mengulas perkara itu susulan tindakan seorang warganet yang secara terbuka menyebarkan foto dan video individu lain, selain menuduh wanita terbabit menjalinkan hubungan tidak senonoh dengan seorang lelaki seperti yang dipaparkan dalam gambar.

ARTIKEL BERKAITAN:Kenyataan S*ksi Tapi Tak Minum Arak Atau Menyund*l, Netizen Kecam Nadia Annuar

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Kongsi Cerita Mengemis Kasih Sayang Suami, Respons Nadia Annuar Curi Perhatian – “Saya Pun Dah Return Factory Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Payah Jaja Cerita Kenapa Nak Cerai, Nanti Anak Malu Satu Malaysia Tahu Cerita Celah Kain Mak Bapa” – Nadia Annuar 

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Kongsi Cerita Mengemis Kasih Sayang Suami, Respons Nadia Annuar Curi Perhatian – “Saya Pun Dah Return Factory Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa ‘Bangga Jadi Janda’, Nadia Annuar Tegas Bidas Netizen – “Buat Apa Nak Malu? Bukan Buat Maksiat Dengan Suami Orang”



Source link

OR

Scroll to Top