Usahawan Datin Seri Shahida menasihatkan orang ramai supaya tidak sibuk atau masuk campur tentang hal rumah tangga orang lain.
Menerusi perkongsian di Threads, Shahida berkata lebih baik jika kita hanya mendoakan yang baik-baik saja buat mereka yang berdepan masalah rumah tangga.
BACA: Shahida Mohon Maaf, Aliff Syukri Tersasul Panggil Amira Othman Isteri Fattah

“Jangan sibuk rumah tangga orang sebab bukan rumah tangga kita…doa je yang baik-baik,” katanya.
Kata Shahida lagi, setiap pasangan pasti akan lalui ujian dalam rumah tangga dan kita bukan terpaling bahagia untuk masuk campur hal orang lain.
“Masing-masin pun dah pernah ada ujian rumah tangga…..kita bukan terpaling bahagia pun,” katanya.






