“Jangan Tayang Bahagia & Harta, Kalau Nak Keluarga Kekal Harmoni”

“Jangan Tayang Bahagia & Harta, Kalau Nak Keluarga Kekal Harmoni”


Pelakon Ashraf Muslim menitipkan nasihat kepada pasangan suami isteri untuk menjaga privasi keluarga kerana tidak semua perkara perlu dikongsikan.

Memetik HibGlam, Ashraf berkata kunci kebahagiaan rumah tangga bergantung pada kejujuran mengurus emosi serta menjaga batas dalam berkongsikan sesuatu di media sosial.

BACA: Ashraf Muslim Timang Anak Kelima, Pilih Nama Ali Ashraf

“Keluarga itu hak kita. Mereka harta paling mahal. Harta perlu dijaga baik-baik, disanjung, disayangi. Ada perkara boleh kita kongsi, ada perkara patut simpan untuk diri sendiri.

“Sebab kalau semua benda nak dicerita pada orang, apa pula yang tinggal untuk kita dan pasangan? Itu amanah dalam rumahtangga,” katanya.

Sementara itu, Ashraf berkata kemewahan, kesedihan mahupun kebahagiaan tidak wajar dijadikan bahan tontonan umum untuk meraih perhatian.

“Media sosial bukan tempat dapat bahagia. Banyak kesan negatif. Untuk kekalkan keharmonian, jangan rajin tunjuk bahagia, harta, sedih atau sakit.

“Perkara begitu boleh undang fitnah. Sekarang teknologi maju, jaga jari, jaga kata-kata. Jangan sampai keluarga kita terguris,” katanya.

Tambahnya lagi, Ashraf turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu obses untuk mengikuti kehidupan orang lain di media sosial sehingga mengabaikan nilai agama.

“Sekarang ramai percaya media sosial lebih daripada Tuhan. Kalau rasa perkongsian bawa ke syurga, teruskanlah.

“Tapi kalau nampak mudarat kepada diri atau keluarga, lebih baik elak. Hati-hati bila berkongsi, hati-hati bila komen. Jangan sampai rosakkan jiwa kita,” katanya.

Sumber: HibGlam






Source link

OR

Scroll to Top