Janggal bila pengulas pula seolah alami peristiwa itu

Janggal bila pengulas pula seolah alami peristiwa itu


– Advertisement –

KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani mengingatkan mereka yang terbabit agar berhati-hati dari sikap berterusan menyakiti dan memusuhi para alim ulama.

– Advertisement –

Presiden Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulama itu menasihati dengan pesanan bahawa lebih baik memilih berdiam diri daripada menunjukkan kejahilan diri dengan bicara atau bertindak tanpa ilmu.

Katanya, alangkah janggal bila mana suatu perkara yang dirasai seseorang, tetapi orang lain pula yang kononnya terpaling memahami perkara dirasai atau dilalui itu sedangkan mereka tidak pernah sesekali merasainya.

“Bahkan mempersoal dan mempertikai dengan penuh hasad dan kebencian, seolah-olah mereka paling alim dan berilmu perihalnya,” ujarnya mengemukakan kejanggalan dimaksudkan itu.

Ustaz Ahmad Dasuki melontarkan teguran tersebut terhadap sikap segelintir individu dan pihak yang mempertikaikan mimpi bertemu Rasulullah SAW hingga perkara tersebut menjadi satu polemik.

“Orang yang tidak pernah merasai tidak akan mengetahui (memahami). Maka bagaimana mereka boleh meletakkan ketentuan dan penilaian terhadap (perkara yang dilalui) para Siddiqin?” ujarnya memetik kitab Sawanih Qalbiyyah karya Ahmad Fathulluh Jamiy.

Jelas beliau juga, mimpi melihat Baginda Rasulullah SAW merupakan suatu anugerah yang hanya Allah SWT kurniakan kepada kalangan mukmin terpilih sahaja.

Ustaz Ahmad Dasuki malah berpesan mengenai pentingnya membersihkan hati melalui taubat dan memohon keampunan daripada Allah SWT serta berselawat kepada Nabi.

“Di kala alam semakin ke penghujungan, demikian umur kita, kesempatan yang berbaki penuhi dengan taubat kepada Ilahi, berselawat kepada Baginda Nabi Muhammad SAW dan mendapatkan seramai mungkin keampunan.

“Seterusnya, berharap seramai mungkin yang akan mendoakan sewaktu kaki kita tidak memijak bumi lagi, sebelum jasad terbujur kaku di pembaringan nanti,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/11/2024

– Advertisement –



Source link

OR

Scroll to Top