Janna Nick mohon maaf atas keterlanjuran memberi komen

Janna Nick mohon maaf atas keterlanjuran memberi komen


norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Enggan terus keruhkan keadaan dan menimbulkan spekulasi lain, pelakon Janna Nick memohon maaf atas keterlanjurannya dalam memberi sebarang komen mengenai apa sahaja isu di media sosial sebagaimana berlaku baru-baru ini.

Terdahulu, hantaran dimuatnaik Janna, 31, dalam perkongsian di Threads yang dakwanya bersikap neutral bagaimanapun mencetuskan spekulasi hangat dengan pelakon remaja, Puteri Balqis atau Aqish, 18.

Pun begitu, menerusi hantaran terbaharu dimuatnaik Janna di Threads, pelakon drama My Coffee Prince memaklumkan dia tidak akan lagi mengeluarkan sebarang komen yang boleh melukakan hati mana-mana pihak.

“Saya mohon ampun dan maaf dan saya juga memaafkan semua. Insya-Allah saya juga berazam untuk tidak lagi berkata apa-apa yang mungkin tanpa disedari akan menyakiti hati sesiapa.

“Andai kata, suatu hari nanti saya terlupa atau terleka, tegur dan marahlah saya. Saya bersyukur atas segala teguran.

“Semoga segala ujian yang diberikan Allah SWT akan menjadikan kita manusia yang lebih kuat dan baik pada masa akan datang,” tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Rata-rata netizen menyambut baik tindakan positif dilakukan Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner itu yang disifatkan begitu berani serta bertanggungjawab walaupun tidak bersalah.

“Awak tak salah Janna, apa awak cakap itu betul.. tapi orang salah erti maksud awak,” komen seorang warganet.

“Tapi apa yang aku baca tak ada salah pun… Janna beritahu pasal dendam saja,” kata pengguna media sosial.

“It’s ok Janna. Proud of you (Bangga dengan awak sebab berani tampil minta maaf. People make mistakes sis (Setiap orang ada buat salah),” tulis netizen.

“Sebenarnya okay saja awak..tak ada salah pun apa awak cakap awal-awal tu..tapi biasalah,” ujar seorang wargamaya.

Baru-baru ini, Janna menjadi topik bualan hangat selepas didakwa cuba campur tangan dalam isu ‘panas,’ antara Puteri Balqis dan pelakon, Mia Sara Nasuha pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, sebaliknya berlaku apabila Puteri Balqis didapati mendedahkan perkara lain seperti mendakwa Janna juga pernah memberi layanan tidak acuh terhadapnya ketika menjalani penggambaran sebuah drama bersama.

Rentetan itu, Janna tidak berdiam diri dengan mengeluarkan kenyataan mengajak Puteri Balqis bersemuka dengannya secara online (atas talian) kerana dia ketika ini tiada di Malaysia dan menetap di luar negara untuk menyelesaikan permasalahan antara mereka itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top