Jatuh di gelanggang, Tze Yong tarik diri Malaysia Masters

Jatuh di gelanggang, Tze Yong tarik diri Malaysia Masters


MALANG menimpa pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, apabila terpaksa menarik diri daripada Malaysia Masters 2025 di Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kecederaan yang dialaminya berlaku ketika aksi pusingan pertama menentang Ng Ka Long dari Hong Kong di Axiata Arena.

Insiden itu berlaku apabila pemain berusia 25 tahun dari Johor itu cuba membalas pukulan pihak lawan, namun terjatuh di gelanggang sehingga mengakibatkan kecederaan pada lutut kanannya.

Ketika itu, Tze Yong sedang mendahului 4-3 pada set kedua selepas memenangi permainan pertama dengan keputusan 22-20.

Situasi tersebut mencetuskan kebimbangan terhadap tahap kesihatan Tze Yong yang sebelum ini turut bergelut dengan kecederaan serius.

Pada Januari tahun lalu, pemain itu mengalami kecederaan belakang ketika beraksi di Terbuka Malaysia, yang memaksanya menjalani dua pembedahan dan berehat hampir setahun daripada sebarang kejohanan kompetitif.

Beliau baru sahaja kembali ke gelanggang pada Kejohanan Badminton Asia bulan lalu sebelum menyertai Terbuka Taiwan dan Terbuka Thailand, namun ketiga-tiganya menyaksikan beliau tersingkir pada pusingan pertama.



Source link

OR

Scroll to Top