Jawab Dakwaan Tak Suap Anak, Dr Fie Guna Teknik Baby-Led Weaning

Jawab Dakwaan Tak Suap Anak, Dr Fie Guna Teknik Baby-Led Weaning


Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah berkongsikan dia mendidik anaknya untuk belajar makan sendiri sejak usia enam bulan.

Menerusi hantaran di Threads, Dr Fie berkata dia mula memperkenalkan konsep baby-led weaning kepada anaknya untuk menggalakkan sifat berdikari sejak kecil lagi.

BACA: “Memang Aku Layak Dapat RM5 Juta Tu Dari Family Kau” – Mesej Dr Fie Tersebar?

“Saya mula menggalakkan anak saya untuk makan sendiri seawal enam bulan. Bukan sebab nak cepat, tapi saya percaya sifat berdikari harus dipupuk bermula dari awal.

“Sekurang-kurang jika kehidupan tidak menentu nanti, anak-anak tahu macam mana nak jaga diri sendiri,” katanya.

Sementara itu, Dr Fie berkata lagi dia banyak meluangkan masa mempelajari cara terbaik dalam memberikan permulaan hidup yang baik kepada anak-anak.

“Saya mula mengenali konsep baby-led weaning ketika mempunyai Aaffan, tetapi saya mula mempraktikkan cara itu ketika bersama Afzan, seawal usia enam bulan,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top