JDT benam Shanghai Shenhua

JDT benam Shanghai Shenhua

JDT benam Shanghai Shenhua


SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih tiga mata apabila menewaskan Shanghai Shenhua 3-1 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Rabu.

Skuad Harimau Selatan itu bermula garang menerusi asakan-asakan pantas ke gawang lawan dalam usaha membuka jaringan.

Asakan-asakan berkenaan menyaksikan. percubaan Ager Aketxe pada minit ketiga berjaya ditampan penjaga gol Shanghai Shenhua, Bao Yaxiong dan rembatan Oscar Arribas selepas itu sekadar menggegar tiang gol kanan pelawat.

Tersentak dengan asakan bertali arus tuan rumah, pelawat mula bangkit mengasak ke gawang tuan rumah.

Asakan-asakan berkenaan dilihat gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan tuan rumah.

Minit ke-38 menyaksikan JDT hampir menjaringkan gol menerusi percubaan Nacho Méndez.

Bagaimanapun, percubaan itu berjaya ditampan Yaxiong sebelum rembatan susulan daripada Oscar Arribas sekali lagi gagal menepati sasaran apabila sekadar menggegarkan palang gol sebelum melantun keluar.

JDT kemudiannya sekali lagi hampir menjaringkan gol pada penghujung babak pertama, namun kali ini rembatan Arif Aiman Mohd Hanapi pula sekadar menggegar jaring luar gawang gol lawan dan sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan menuju bilik persalinan.

Bersambung babak kedua JDT dilihat semakin menggandakan asakan dan hanya memerlukan dua minit bagi merobek gawang pelawat hasil jaringan Jonathan Silva.

Gol itu semakin menyemarakkan semangat skuad Harimau Selatan itu untuk terus mengasak ke gawang pelawat bagi menambah jaringan.

Hasilnya, Oscar Arribas meledak gol kedua pada minit ke-63 untuk skuad Harimau Selatan itu kian selesa di depan.

Skuad Tricolor tu bagaimanapun berjaya merapatkan jurang setelah pemain gantian, Saulo Mineiro menyempurnkan sepakan penalti pada minit ke-70 setelah rakan sepasukan dikasari.

Minit ke-88 menyaksikan JDT berjaya menambah satu gol lagi dan kali ini Jonathan mengasak hebat ke gawang pelawat dan hasilnya Jonathan Silva meledak jaringan ketiga buat skuad Harimau Selatan dan sekali gus mengesahkan kemenangan.

JDT – Andoni Zubiaurre, Raul Parra, Antonio Glauder, Jonathan Silva, Jairo de Macedo (Bergson Da Silva) Natxo Insa – kaoten(Teto Martin), Ignacio Mendez, Eddy Silvestre, Oscar Arribas, Arif Aiman, Ager Aketxe (Afiq Fazail).

Shanghai Shenhua – Bao Yaxiong, Jiang Shenglong, Zhu Chenjie, Chan Shinichi, Wu Xi (kapten), Gao Tianyi (Saulo Mineiro), Li Ke, Manafa, Teixeira, Luis Asue, Andre Luis

Pengadil – Adha Makhadmeh (Jordan)

Ringkasan AI

  • SKUAD Johor Darul Ta’zim menang 3-1 ke atas Shanghai Shenhua dalam Liga Juara-Juara Asia Elit
  • JDT melakukan asakan bertali arus ke gawang lawan sejak awal permainan
  • Jonathan Silva dan Oscar Arribas masing-masing menjaringkan gol untuk JDT
  • Saulo Mineiro menjaringkan gol penalti untuk Shanghai Shenhua
  • Kemenangan ini diraih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri



Source link

OR

Scroll to Top