JDT bergaya tumpaskan Bangkok United

JDT bergaya tumpaskan Bangkok United


Pemain JDT meraikan jaringan Bergson pada perlawanan berkenaan. Foto Johor Southern Tigers

[DIKEMAS KINI] JARINGAN hatrik Bergson Da Silva dan satu gol daripada Joao Figueiredo mengesahkan kemenangan bergaya Johor Darul Ta’zim (JDT), pada aksi Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) merebut Piala Shopee apabila menumpaskan Bangkok United 4-0, pada Khamis.

Kedua-dua pasukan bermula baik dengan kedua-dua pasukan saling mengasak dalam usaha membuka jaringan.

Namun, kebanyakan asakan tersebut dilihat gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan lawan.

Bangkok United hampir membuka jaringan apabila Muhsen Al Ghassani dijatuhkan dalam kotak penalti minit ke-16,

Bagaimanapun, pengadil perlawanan, Kim Heegon menafikan sepakan penalti berkenaan setelah merujuk kepada video bantuan pengadil (VAR).

JDT memiliki peluang untuk meledak jaringan pada minit ke-29, namun rembatan pemain lincah Arif Aiman Mohd Hanapi berjaya ditepis penjaga gol, Patiwat Khammal.

Tindakan susulan daripada pemain import, Oscar Arribas pula gagal menepati sasaran.

Penghujung babak pertama menyaksikan tiada jaringan dihasilkan dan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan menuju bilik persalinan.

Sejurus babak kedua bermula, JDT akhirnya meledak jaringan menerusi rembatan Bergson Da Silva yang sekali gus menggamatkan stadium.

Bergson. Foto Johor Southern Tigers

Bergson. Foto Johor Southern Tigers

Gol itu dilihat semakin menyemarakkan semangat kesebelasan skuad Harimau Selatan itu untuk terus mengasak ke gawang pelawat dalam usaha menambah jaringan.

Hasilnya, Joao Figueiredo menyempurnakan hantaran Bergson untuk gol kedua JDT pada minit ke-52.

Bergson sekali lagi mencatatkan nama selaku penjaring apabila menjaringkan gol ketiga yang juga gol kedua peribadinya pada minit ke-73.

Bergson kemudiannya meledak gol keempat yang juga merupakan jaringan hattrik buatnya pada masa kecederaan bagi melengkapkan kemenangan bergaya JDT.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan itu gah di puncak Kumpulan B denga enam mata hasil dua kemenangan berturut-turut sementara Bangkok United pula berada pada kedudukan kelima tanpa sebarang mata.

 

 

Ringkasan AI

  • Jaringan hatrik Bergson Da Silva dan satu gol daripada Oscar Arribas mengesahkan kemenangan bergaya Johor Darul Ta’zim (JDT) 4-0 ke atas Bangkok United
  • Kedua-dua pasukan beraksi sengit tetapi gagal menjaringkan gol pada awal permainan
  • Keputusan pengadil menafikan sepakan penalti kepada Bangkok United setelah merujuk VAR
  • Gol pembuka JDT dicetak oleh Bergson Da Silva sejurus babak kedua bermula
  • Kemenangan menyaksikan JDT berada di puncak Kumpulan B dengan enam mata hasil dua kemenangan berturut-turut



Source link

OR

Scroll to Top