JDT seri tanpa jaringan menentang kelab Jepun, Machida Zelvia dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit di Stadium Sultan Ibrahim.
SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) terikat tanpa jaringan ketika berdepan wakil Jepun, Machida Zelvia pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa.
Kedua-dua pasukan bermula garang apabila saling mengasak dalam usaha mencari gol pembukaan.
Namun, percubaan yang dilancarkan gagal menepati sasaran selain berjaya dipatahkan benteng pertahanan masing-masing.
Machida Zelvia hampir membuka jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-22 yang diambil Yuki Soma.
Bagaimanapun, sepakan tersebut hanya mengenai tiang gol biarpun penjaga gol JDT, Ahmad Syihan Hazmi, sudah pun tertewas.
JDT kemudiannya memperoleh beberapa peluang untuk menjaringkan gol, namun tiada jaringan berjaya dihasilkan sehingga tamat separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua, kedua-dua pasukan kembali menggandakan asakan dalam usaha merobek gawang lawan.
Namun, tiada gol berjaya dijaringkan sehingga wisel penamat, menyaksikan keputusan berakhir seri tanpa jaringan.
Ringkasan AI
- SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) terikat tanpa jaringan ketika berdepan wakil Jepun, Machida Zelvia
- Kedua-dua pasukan mengasak dalam usaha mencari gol pembukaan
- Machida Zelvia hampir membuka jaringan melalui sepakan penalti pada minit ke-22 yang mengenai tiang gol
- Tiada gol berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan sehingga tamat separuh masa pertama
- Keputusan berakhir seri tanpa jaringan sehingga wisel penamat