JDT mahu rekod bersih tanpa kalah liga

JDT mahu rekod bersih tanpa kalah liga

JDT mahu rekod bersih tanpa kalah liga


rizar@mediaprima.com.my

Najmi Nor’Azma

Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz tidak mahu terburu-buru memikirkan perancangan meraih semua kemenangan dalam usaha menamatkan saingan Liga Super 100 peratus rekod bersih tanpa kekalahan pada saingan musim 2025 dan 2026.

Munoz berkata, apa yang diberi keutamaan adalah mengekalkan kesinambungan karakter yang positif dan memburu cita-cita untuk merealisasikan apa yang disasarkan.

Malah kemenangan JDT membelasah PDRM FC 7-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi sudah cukup menggambatkan keinginan menggunung skuad Harimau Selatan berusaha melabuhkan tirai liga dengan pencapaian menakjubkan.

“Penghujung musim adalah saat bagaimana pengurusan kelab menuntut daripada maklum balas mengenai perjalanan saingan liga dan kita perlu lebih berhati-hati membuat persiapan mengharungi baki empat perlawanan.

“Apapun, selepas mengharungi jadual padat bukan sahaja dalam saingan liga dan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), tiba masanya kami memberi rehat sekurang-kurang tiga atau empat hari kepada pemain supaya mereka dapat bersama keluarga.

“Untuk aksi seterusnya, kami perlu membuat persiapan yang rapi menentang Kuala Lumpur City FC pada 3 April ini di gelanggang mereka dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia dah perlawanan itu juga merupakan kepentingan bagi kami,” katanya.

Mengulas ketiadaan pemain import Heberty Fernandes yang langsung tidak disenaraikan dalam beberapa perlawanan liga tempatan, Munoz mengesahkan pemain import dari Brazil itu masih menjalani latihan bersama rakan sepasukan yang lain.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top