JDT pinjamkan Ramadhan ke Kuching City

JDT pinjamkan Ramadhan ke Kuching City


KUALA LUMPUR – Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Ramadhan Saifullah antara muka baharu yang akan memperkuatkan jentera serangan Kuching City FC bagi mengharungi baki perlawanan saingan Liga Super 2024.

Pengumuman dibuat menerusi satu hantaran video di media sosial Kuching City di sini sebagai status secara ‘pinjaman’ daripada gergasi Harimau Selatan itu.

Musim ini, Ramadhan yang berusia 24 tahun hanya beraksi sebanyak tiga kali sahaja bersama skuad Harimau Selatan dengan dua penampilan dalam saingan Liga Super.

Sepanjang bersama JDT, Ramadhan telah menjaringkan enam gol dan mencipta dua bantuan jaringan dalam 57 penampilan buat juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu.

Kehadiran Ramadhan dilihat mampu memberi saingan sengit di posisi serangan skuad kendalian Aidil Sharin yang kini diketuai Kipre Tchetche, Jordan Mintah, Pedro Henrique dan Shamie Iszuan

Sebelum ini, The Cats juga telah merekrut beberapa pemain JDT seperti Daniel Amir di awal musim dan Ahmad Hazwan Bakri pada jendela perpindahan kedua ini.

Kuching City kini menduduki tangga kelima Liga Super dan bakal berdepan JDT pada 27 September hadapan dalam saingan liga. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top