JDT tepat ramalan ke separuh akhir

JDT tepat ramalan ke separuh akhir


Pemain JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi (tengah) diasak pemain Penang FC, Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik (kiri) dan Muhammad Adib Ra’op (kanan), pada aksi timbal balik suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, pada Selasa. Foto Bernama

SKUAD Johor Darul Ta’zim menepati ramalan mara ke separuh akhir Piala FA 2025 apabila menang 3-0 (aggregat 5-1) ke atas Penang FC pada aksi suku akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, pada Selasa.

Tiga gol hasil jaringan Bergson Da Silva, Jonathan Silva dn Eddy Israfilov ternyata sudah memadai buat skuad Harimau Selatan itu mara ke kelompok empat pasukan terbaik.

Membawa bekalan 2-1 hasil kemenangan di Stadium Bandaraya pada aksi suku akhir pertama 17 Oktober lalu, JDT bermula garang dengan mengasak ke kubu pelawat dalam usaha memburu jaringan awal.

Bagaimanapun, asakan-asakan tersebut hanya membuahkan hasil pada minit ke-38 hasil jaringan Bergson Da Silva diikuti Jonathan Silva dua minit berselang.

Pemain JDT, Jairo De Macedo Da Siliva (kiri) melakukan percubaan ketika menentang Penang FC pada aksi timbal balik suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, pada Selasa. Foto Bernama

Pemain JDT, Jairo De Macedo Da Siliva (kiri) melakukan percubaan ketika menentang Penang FC pada aksi timbal balik suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, pada Selasa. Foto Bernama

Penang FC sesekali dilihat cuba melancarkan serangan ke pintu gol tuan rumah, namun gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan.

Malah, di penghujung babak pertama tonggak pertahanan, Eddy Israfilov turut mencatat nama selaku penjaring menerusi jaringannya pada masa kecederaan.

Babak kedua menyaksikan skuad Harimau Selatan itu terus mengasak ke pintu gol Harimau Kumbang bagi menambah jaringan.

Bagaimanapun, kali ini beberapa percubaan ke pintu gol lawan gagal membuahkan hasil.

Sekali gus, menyaksikan tiada jaringan tambahan berjaya dihasilkan kedua-dua pasukan kedudukan kekal ke wisel penamat.

Ringkasan AI

  • SKUAD Johor Darul Ta’zim menang 3-0 ke atas Penang FC
  • Kemenangan ini membawa JDT ke separuh akhir Piala FA 2025 dengan agregat 5-1
  • Gol diperolehi melalui Bergson Da Silva, Jonathan Silva dan Eddy Israfilov
  • Penang FC gagal mencetak gol walaupun ada peluang
  • Tidak ada gol tambahan di babak kedua, kedudukan kekal hingga wisel penamat



Source link

OR

Scroll to Top