Penyerang JDT, Bergson Da Silva dikawal ketat pertahanan Buriram United. Foto Johor Southern Tigers
HASRAT skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi membawa pulang tiga mata berharga tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada Buriram United pada aksi sulung Kumpulan A, Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE), di Chang Arena, pada Selasa.
Bermula baik sejak wisel permulaan, kedua-dua pasukan bermula garang dalam usaha membuka jaringan.
Seawal minit ke-6, hasil satu serangan balas, penyerang Buriram United, Guilherme Biscoli berjaya melepasi kawalan benteng pertahanan JDT sebelum merembat menewaskan penjaga gol, Andoni Zubiaurre.
Bagaimanapun jaringan tersebut tidak dikira kerana Biscoli dikesan berada pada kedudukan ofsaid terlebih dahulu.
Skuad Harimau Selatan selepas itu dilihat mula memperkemaskan benteng pertahanan selain turut mengasak ke gawang lawan bagi mencipta peluang jaringan.
Akhirnya pada minit ke-28, tonggak pertahanan JDT, Antonio Glauder menjaringkan gol pembukaan perlawanan.
Skuad Harimau Selatan itu akhirnya berjaya merobek gawang tuan rumah menerusi jaringan Antonio Glauder yang mudah menolak masuk pada minit ke-28.
Tersentak dengan gol tersebut, kesebelasan tuan rumah mula bangkit mengasak ke kubu pelawat dalam usaha menyamakan kedudukan.
Bagaimanapun, asakan-asakan berkenaan gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan skuad Harimau Selatan itu.
Bersambung babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling mengasak dalam usaha menambah jaringan.
Hasil satu serangan balas penyerang Buriram United, Suphanat Muenta akhirnya menggamatkan Chang Arena apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-50.
Belum sempat JDT menyusun asakan, tiba giliran penyerang kelahiran Austria Robert Zulj, untuk menjaringkan gol kedua skuad Thunder Castle itu pada minit ke-54.
Biarpun selesa mendahului perlawanan menyaksikan Buriram United terus mengasak dalam usaha menambah jaringan.
Namun tiada sebarang tambahan jaringan dapat dihasilkan kedua-dua pasukan dan menyaksikan kedudukan. 2-1 memihak Buriram United kekal hingga ke wisel penamat.
Ringkasan AI
- Hasrat skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk membawa pulang tiga mata tidak kesampaian apabila tewas 1-2 kepada Buriram United
- Penyerang Buriram United, Biscoli Campos, membatalkan gol kerana dikesan berada dalam kedudukan ofsaid
- Antonio Glauder dari JDT menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-28
- Penyerang Buriram United, Suphanat Muenta, menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-50
- Robert Zulj menjaringkan gol kemenangan untuk Buriram United pada minit ke-54