JDT tetap mahu tiga mata – Bidoglio

JDT tetap mahu tiga mata – Bidoglio


Bidoglio. Foto Facebook Johor Southern Tigers

BIARPUN telah sah dinobatkan juara Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap berazam meraih tiga mata berharga apabila melayan kunjungan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), di Stadium Sultan Ibrahim, pada Khamis.

Malah pengendali skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio turut menegaskan tiada istilah ‘ambil mudah’ dan mahu kesemua pemain yang beraksi memberikan aksi terbaik bagi menjamin kejayaan.

“Setiap perlawanan tetap penting untuk memastikan momentum pasukan kekal konsisten sehingga ke penghujung musim.

“Kami akan terus berikan yang terbaik. Walaupun sudah bergelar juara, tanggungjawab kepada penyokong dan kelab tetap menjadi keutamaan.

“JDT sebuah pasukan yang besar dan dibarisi ramai pemain terbaik… justeru, kami juga mahu akhiri musim ini juga dengan cara yang terbaik,” katanya menjelang perlawanan berkenaan.

Untuk rekod, JDT gah menamatkan saingan Liga Super musim ini dengan 64 mata hasil 21 kemenangan dan seri sekali setelah mengharungi 22 perlawanan.

Sementara itu, Bidoglio berkata, beberapa perubahan dalam kesebelasan utama mungkin akan dilakukan pada perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, pemain yang diturunkan kelak diharap dapat memberikan aksi yang terbaik.

“Mungkin ada sedikit perubahan dalam barisan pemain, tapi siapa sahaja yang diturunkan diharap dapat beraksi dengan penuh komitmen, kompak dan dinamik” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top