JDT umum penjaga gol baharu untuk pusingan kedua Liga Malaysia

JDT umum penjaga gol baharu untuk pusingan kedua Liga Malaysia


KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan penjaga gol baharu, Christian Abad Amat sebagai rekrut terkini pasukan itu untuk pusingan kedua Liga Malaysia (Liga M).

Penjaga gawang muda itu menjadi tonggak ketiga yang menyertai skuad Harimau Selatan daripada kelab Sepanyol, Elche CF.

Sebelum ini, JDT telah mengumumkan ketibaan dua tonggak baharu iaitu Park Jun-heong dan juga Enzo Lombardo.

Kehadiran Christian Abad bagaimanapun memberi kejutan kepada penyokong Harimau Selatan kerana sebelum ini JDT dikaitkan akan membawa masuk penjaga gol warisan iaitu Diego Altube.

Christian Abad yang baru berusia 18 tahun, pernah beraksi buat skuad muda Valencia dan CD Alcoyano sebelum ke Elche CF.

Dia menyertai akademi Valencia pada usia 10 tahun sehingga usianya mencecah 15 tahun sebelum dipinjamkan ke CD Alcoyano.

Dia beraksi selama dua musim di skuad muda Elche CF dan beraksi dalam 22 daripada 29 perlawanan pada tahun 2023. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top