Jelajah Dunia Akhir BWF: Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun gagal ke separuh akhir

Jelajah Dunia Akhir BWF: Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun gagal ke separuh akhir


Aaron Chia (kanan) dan Wooi Yik – Foto Bernama

TIADA wakil Malaysia dalam acara beregu lelaki di pusingan separuh akhir Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2025 selepas dua pasangan negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun gagal melepasi peringkat kumpulan hari ini.

Pada aksi di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, Aaron-Wooi Yik terpaksa akur tewas kepada pasangan India, Chirad Shetty-Satwiksairaj Rankireddy 21-17, 18-21, 15-21 dalam perlawanan yang mengambil masa satu jam 10 minit

Keputusan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik menamatkan saingan Kumpulan B di tempat ketiga.

Nasib sama turut dialami Wei Chong-Kai Wun yang tunduk kepada beregu nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Sung Jae 25-23, 21-14, 19-21, sekali gus menamatkan saingan Kumpulan A di tempat ketiga.

Terdahulu, dua wakil negara berjaya melayakkan diri ke separuh akhir menerusi juara dunia beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta pemenang pingat emas beregu wanita Sukan SEA Thailand, Pearly Tan-M Thinaah. – Bernama

Ringkasan AI

  • Tiada wakil Malaysia dalam acara beregu lelaki di pusingan separuh akhir Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2025 selepas kekalahan pada peringkat kumpulan
  • Aaron Chia-Soh Wooi Yik kalah dari pasangan India Chirad Shetty-Satwiksairaj Rankireddy
  • Man Wei Chong-Tee Kai Wun tewas kepada beregu nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Sung Jae
  • Kedua-dua pasangan Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga kumpulan masing-masing
  • Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Pearly Tan-M Thinaah berjaya melayakkan diri ke separuh akhir untuk Malaysia di kategori lain



Source link

OR

Scroll to Top