Jelajah KPJ Cares perkenal inovasi penjagaan kesihatan

Jelajah KPJ Cares perkenal inovasi penjagaan kesihatan


SYARIKAT penjagaan kesihatan terkemuka, KPJ Healthcare baru-baru ini mengumumkan penjenamaan semula syarikat itu selaras dengan misi mereka dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat.

Seperti sedia maklum, KPJ Healthcare menawarkan perkhidmatan kesihatan seperti penjagaan harian bagi pesakit yang memerlukan perhatian khusus, rawatan kuratif serta pengurusan kesihatan yang berterusan.

Seiring dengan penjenamaan semula ini, KPJ Healthcare turut melancarkan jelajah KPJ Cares Roadshow yang dilancarkan pada bulan Ogos melibatkan lawatan ke hospital-hospital pakar KPJ di sekitar Lembah Klang.

Jelajah kesihatan di pelbagai lokasi

Jelajah KPJ Cares Roadshow mula dianjurkan di Hospital Pakar KPJ Klang pada 15 hingga 17 Ogos yang lalu manakala Hospital Pakar Damansara 2 pada 22 hingga 24 Ogos dan Hospital Pakar Ampang Puteri pada 5 hingga 7 September.

Selain itu, Roadshow KPJ Cares turut diadakan di Hospital Pakar KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur bermula 19 hingga 21 September.

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan termasuk pameran kesihatan dan demonstrasi aplikasi interaktif KPJ Cares serta peluang menebus mata ganjaran bagi memenangi cenderamata eksklusif KPJ Healthcare.

Melalui acara ini juga, pengunjung berpeluang menerokai pelbagai perkhidmatan kesihatan yang disediakan KPJ Healthcare dengan bimbingan kakitangan KPJ.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang mendaftarkan diri menyertai program kesetiaan pelanggan yang membolehkan mereka memperoleh pelbagai ganjaran menarik.

Melihat kepada kejayaan sebelumnya, jelajah KPJ Cares Roadshow diteruskan lagi di dua lokasi berasingan iaitu Hospital Pakar KPJ Selangor bermula 26 hingga 28 September dan Hospital Pakar Damansara pada 3 hingga 5 Oktober ini.

KPJ Healthcare juga bakal mengumumkan beberapa lokasi tambahan di seluruh Malaysia dalam masa terdekat.

Sertai jelajah KPJ Cares dan nikmati pelbagai perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf antarabangsa hari ini.

Untuk maklumat lanjut dan mengikuti perkembangan terkini jelajah KPJ Cares yang akan datang, ikuti media sosial rasmi KPJ Healthcare di Facebook dan Instagram.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top