Jemis (kanan) tekad tumbangkan Sheikh dalam RF3 Super Champion Muaythai Kuda Merah di Titiwangsa pada Selasa.
PERTEMBUNGAN panas bakal menggegarkan gelanggang RF3 Super Champion Muaythai Kuda Merah apabila Jemis Wong Lee (Komando GGK) kembali bersemuka dengan seteru lamanya, Sheikh Rahmatullah atau Sheikh Komando (Komando Udara Paskau) dalam aksi Kategori Boxing pada Selasa ini.
Jemis mengakui perlawanan yang dijadualkan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur itu cukup istimewa kerana menjadi peluang untuk menebus kekalahan lamanya kepada Sheikh.
“Persediaan saya cukup rapi. Sekarang fokus kepada pemulihan badan untuk kembali cergas.

RF3 Super Champion Muaythai Kuda Merah 2025.
“Saya pernah kalah dengan Sheikh pada Piala ATM 2022 di Kem Sungai Udang kerana ketika itu dia lebih lama berlatih. Kini masa saya untuk mengalahkannya semula,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua mereka bukan asing kerana pernah sama-sama berlatih dalam skuad tinju kebangsaan.
Malah, beliau cukup arif dengan gaya pertarungan Sheikh yang gemar bermain secara bertahan.
“Dia banyak main out boxer, banyak lari dan elak. Kali ini saya akan lawan dengan pendekatan fighter, lebih banyak menekan,” tegasnya.